Pages

Wednesday 15 March 2017

15 Kebaikan Cuka Epal





1. Membantu masalah perut

Kalau uolls sakit perut sebab jangkitan kuman, minumlah cuka epal. Campurkan 1 sudu kecil cuka epal ke dalam segelas air suam. Cuka epal mengandungi antibiotik dan pectin yang boleh melegakan usus.


2. Menghilangkan tersedu

Ambil 1 sudu kecil cuka epal dan terus minum. Rasa yang masam boleh merangsang saraf dan menghilangkan tersedu. 


3. Melegakan sakit tekak

Kumur dengan 1/4 cuka epal yang dicampur dengan air suam. Cuka epal kaya dengan tahap asid yang tinggi sehingga kuman tak boleh hidup dalam keadaan ini.


4.  Mengurangkan kadar kolesterol

Kajian di Jepun menunjukkan individu yang mengambil 15gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolesterol.


5. Mengelakkan masalah penghadaman

Tambah 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil cuka epal ke dalam segelas air suam. Minum setengah jam sebelum uolls makan.


6. Melegakan hidung tersumbat 

Hidung yang tersumbat akibat selesema memang merimaskan. Minum cuka epal dengan air suam. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.


7. Mengurangkan berat badan

Asid asetik boleh mengurangkan selera makan dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan.


 8. Menghilangkan kelemumur

Tahap asid yang terdapat pada cuka epal boleh mengubah pH pada kulit kepala dan membuatkannya sukar bagi yis untuk tumbuh.

Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala uolls, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkan 2 kali seminggu untuk mendapat hasil yang memuaskan.


9. Menghilangkan jerawat  

Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu mengawal jerawat. Asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan menyingkirkan sel kulit mati.

Pada masa yang sama ia boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit wajah.


 10. Membekalkan tenaga

Asid amino yang terdapat di dalam cuka epal boleh bertindak sebagai antidot kepada keletihan. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam cuka boleh melegakan rasa letih dan lemah badan.


11. Mengurangkan kejang kaki

Cuka epal mengandungi kandungan potasium yang tinggi. Campurkan 2 sudu kecil cuka epal dan satu sudu kecil madu ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum campuran tersebut untuk melegakan kekejangan kaki terutama pada waktu malam.


12. Menghilangkan bau mulut

Berkumur dengan cuka epal ataupun minum satu sudu kecil untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah bau mulut.


13. Memutihkan gigi

Berkumur dengan cuka epal setiap pagi. Cuka membantu menghilangkan noda dan memutihkan gigi. Pada masa yang sama membunuh bakteria di dalam mulut, gigi dan gusi.


14. Membantu penyembuhan luka

Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamatori. Ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka yang kecil. Pada masa yang sama, cuka epal juga boleh mengelakkan luka daripada dijangkiti oleh kuman.


15. Mengurangkan kadar gula dalam darah

Untuk pesakit kencing manis, ambil 2 sudu kecil cuka epal sebelum tidur. Ini boleh mengurangkan kadar gula dalam darah pada waktu pagi keesokan harinya. 


Semoga bermanfaat =)


Salam Sayang,
 Ain