Pages

Tuesday 20 June 2017

Cara Mudah Solat Dhuha





Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha (kira-kira 30 minit selepas waktu syuruk) sehingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor. Paling afdhal antara pukul 8 hingga 9 pagi. Caranya mudah saja. Boleh buat minimum dua rakaat dan maksimum 12 rakaat. 

Biasanya orang solat Dhuha sebab nak murah rezeki. Tapi Ustaz kata cuba tukar niat, buat Dhuha sebagai tanda syukur kepada Allah. Sebab terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan. Walau kita buat seribu rakaat Dhuha pun belum tentu cukup. 

Untuk permulaan, memang kita niat nak murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan kan. Lama-kelamaan bila dah biasa kita akan buat dengan penuh syukur dari hati. Amalkan selalu, in shaa Allah hati akan rasa sangat tenang. Tak kira apa pun ujian yang menimpa. 






Semoga bermanfaat =)


XOXO, 
Ain