Pages

Tuesday 31 October 2017

Jalan-jalan di GPO



Memandangkan aku tak jadi balik kampung (sebab terlepas flight) muahahahaaa.. Tetiba jer hubby aku ajak gi jenjalan dekat Genting Premium Outlets (GPO). Ok jugak tu. Aku pun dah lama tak jalan jauh sikit dari rumah. Hehe. Biasanya time weekend aku lepak kat umah mak mertua aku, gi shopping mall ataupun jenjalan cari makan.


Memacam jenama ada, pilih jer


Aku pergi GPO ni just window shopping dan nak merasa angin sejuk jer. Tak ada bajet nak shopping pun. Memula pergi tu, kami sesat jugak. Then, ikut waze follow jer map ke GPO. Dah sampai. Masa aku pergi haritu hari Jumaat. Sampai jer dekat GPO dah dekat waktu Zohor. Hubby aku terus pergi masjid depan GPO tu untuk solat Jumaat. Aku apalagi, terus masuk GPO lah, cuci mata. Surau pun ada dalam ni tau. Daripada parking lot tu, korang naik jer escalator ke Low Street pastu belok kanan. Kalau tak jumpa, carik jer dekat directory.



Sumber : Pakcik Google


Oh yer, parking kat GPO ni RM5.00 jer untuk sehari. Tapi kami dapat free parking sebab hubby aku ada membership Genting Rewards. GPO ni ada tiga bahagian. Low Street, Medium Street dan High Street. Ada lebih kurang 150 kedai dalam ni dengan konsep terbuka. Pastu restoran dan kedai makan pun banyak jer. Paling best, ada Family Mart yang kedai serbaneka Jepun tu. Aku dan hubby memang peminat fanatik negara Jepun. Dengan cuaca sejuk dan angin bayu yang dingin, kami layan oden panas-panas dan asikrim perisa baru, Cheesecake yang sedapp. Memang layann habis.


Oden kuah tomyam & aiskrim Cheesecake


Aku tak makan tengah hari pun kat sini sebab dah lunch nasi putih + ayam goreng kunyit yang aku masak dan makan sesiap dalam kereta masa on the way datang sini. Bagi aku, harga makanan dekat restoran dan kedai makan kat sini still reasonable. Tak adalah mahal dan mencekik darah macam kat atas Genting tu. Cuma yang tak bestnya dekat foodcourt. Diorang tak terima cash. Korang kena beli kad dan top up dekat kaunter macam kad Touch & Go tu untuk beli makanan dan minuman. Rasanya kena ada minimum amount dalam kad tu. Leceh betul buat cenggini. Patutla tak ramai sangat orang makan kat foodcourt. 





Kat sini kalau korang ada bajet besar untuk shopping memang syiok weh. Banyak kedai buat sale kaw-kaw punya. Maybe sebab dah hujung tahun kan. Harga pulak jauh lebih murah daripada KL. Dah puas pusing dan makan-makan kat dalam GPO, kami terus ke tingkat atas sebab nak naik cable car yang baru, Awana Skyway tu.


Korang naik je escalator sampai ke High Street pastu ikut jer signboard Awana Skyway. Masa kami pergi haritu kan hari Jumaat, ramai giler manusia especially Chinese lah. Group tourist pun bukan main ramai lagi. Sesak. Tiket kena beli sendiri dekat mesin self kiosk. Harga tiket untuk sorang ialah RM18.00 pergi balik. Kalau korang berniat nak overnight dekat Genting, jangan bawak beg besar-besar sebab ada cas tambahan untuk bagasi tau. Dah macam naik kapal terbang pulak.



Self service

Harga tiket



Cable car yang baru ni bapak lagi tinggi dan gayat daripada yang lama dekat Gohtong Jaya tu wei. Nervous betul aku. Sepanjang perjalanan memang aku tak lepas genggam tangan hubby aku. Hahaa sebabnya aku ni memang gayat dengan ketinggian. Tapi teringin nak naik. Masalah problem betul. Budak kecik yang naik sekali dalam gondola dengan kitorang tak habis-habis duk jerit dan gelak, kemain seronok lagi dia. Aku jer yang rasa macam nak tercabut kepala lutut. Kikiki.



Lalu dekat tepi hotel. Kat bawah tu jalan raya


Boleh nampak theme park yang still under construction


Nampak tak tiang tu? Tinggi kan?


XOXO, 
Ain