Bahan-bahan:
1 bungkus cendawan enoki
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 biji telur
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Potong akar cendawan enoki, basuh dan toskan sampai kering.
2. Dalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk kari. Kacau rata.
3. Pukul telur dengan sedikit garam.
4. Panaskan kuali.
5. Celup cendawan enoki ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung.
6. Goreng sampai garing dan sedikit keemasan.
7. Sedia untuk dimakan sebagai kudapan di waktu petang. Cicah dengan sos cili memang terangkatt.
XOXO,
Ain