Pages

Tuesday, 23 January 2018

Kuih Sagu Gula Melaka



Pencuci mulut yang paling simple dan sedap yakmat dimakan untuk minum petang. Jom tengok resepi dan cara-caranya.






Bahan-bahan untuk sagu:

1 cawan sagu
3 cawan air
2 sudu kecil sirap ros


Cara-cara:

1. Rendam sagu dalam 30 minit. Kemudian toskan.

2. Didihkan air. Masukkan sirap ros dan sagu.

3. Kacau dalam 10 minit sampai sagu menjadi pekat. Guna api perlahan.

4. Tuang ke dalam bekas. Kukus 20 minit sampai sagu jadi jernih. Pastikan semua biji putih
    dah tak ada yer. Kalau ada lagi biji putih tu, maknanya sagu tak masak.

5. Lepas dah masak, sejukkan sagu.



Bahan-bahan untuk kuah gula melaka:

1 ketul gula melaka
1 cawan air


Cara-cara:

1. Potong gula melaka menjadi ketulan kecil.

2. Masak dengan air sampai gula melaka cair dan jadi pekat.



* Susu cair tak perlu masak.
* Cara hidang: Tuang gula melaka, letak sagu dan curahkan susu cair.
* Lagi sedap dimakan kalau sagu disejukkan dalam peti ais.



Selamat mencuba =)



XOXO,
Ain