Pages

Monday 29 January 2018

Scammer Di Mana-mana





Isu scammer ni dah makin menjadi-jadi sekarang. Sebelum ni aku duk baca pengalaman orang jer yang kes kena tipu jual beli barang online. Tup-tup semalam aku pulak yang terkena. Hahaa.. Syukurlah aku ni sempat lagi berfikir secara waras. So, selamat lah duit aku daripada leburr. 


Alkisahnya, dua hari lepas aku ada upload beberapa keping gambar dekat mudah.my sebab aku nak let go baju-baju aku yang bertimbun tu. Kiranya aku nak jual baju preloved yang aku dah tak pakai. Almari pun dah senget, besi penyangkut baju tu sampai patah la. Punya banyak baju aku. Kekeke... 


Memula tu, sorang mamat ni wasap aku tanya sama ada baju kebarung yang dia berkenan tu still ada lagi ke tak. Nak belikan untuk bini katanyer. Ok, aku pun layan je macam biasa. Speaking London aku melayannya sebab dia memang duk speaking dari awal. So, aku expect maybe mamat ni jenis speaking kat rumah kot. Nombor telefon pun guna nombor Malaysia tau. Tengok profile picture dekat wasap, mamat ni pakai kopiah, siap ada gambar bini dengan anak dia sekali. (Sah-sah la curik gambar orang lain ni).


Terus dia konpom nak baju kebarung tu. Pastu dia tanya lagi ada tak baju lain yang aku nak let go, dia nak beli semua. Dan dia pun terus tanya payment details untuk proceed. Total semua dalam RM200. Fuhh cepat giler buat decision. Masa ni aku tak syak pape lagi.


Lepas je dia buat payment, bank dia akan hantar notification dekat email aku. Aku dah rasa tak sedap hati. Dah syak macam nak kena game nih. Dah kenapa pulak bank kau nak hantar notification dekat email aku? Procedure biasa kita shopping online kan, just bagi gambar resit sebagai bukti pembayaran. 


Sekali, bila dia wasap balik kata dah buat payment, tergelak besar aku masa check email. Hahaaa... Notification pun masuk dalam spam, sah-sah la kau menipu. Siap bayar amount RM1,000 lagi tu. Katanya aku kena refund dulu RM800 dekat dia baru aku dapat payment yang RM200 tu. Hahaaaa lawak. Ingat aku 'cerdik' sangat nak bayar RM800 tu? Adududu.. Sampaikan 3 kali mamat tu duk wasap call aku. Pastu terus je aku block cecepat.


So, korang sila berhati-hati yer. Kalau international number yang duk selalu call korang tu, jangan gatal-gatal pi jawab pulak. Block jer terus. Sekarang ni bahaya. Memacam taktik diorang pakai untuk menipu. Sentiasalah berwaspada dan berdoa semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang keburukan. Amin.



XOXO,
Ain