Pages

Friday 2 February 2018

Boleh Ke Pakai Bulu Mata Palsu?



Bulu mata palsu

Eyelash extension

Ekceli dah lamaa aku nak post pasal isu bulu mata pelsu ni. Bukan apa, kalau aku tak share dengan korang aku rasa berdosa sebab aku dah tahu tapi tak nak bagitahu. Dari dulu lagi, pemakaian bulu mata pelsu ni dah jadi trend biasa. Lagi-lagi orang pakai time kawen, pergi dinner, pergi event. Yang pakai tetiap hari pun ada. Adui. Tak rimas ke.


So, apa hukumnya pakai bulu mata pelsu ni? Boleh ke pakai? Pastu sekarang ada pulak service eyelash extension untuk lebatkan bulu mata. Dua-dua hukumnya HARAM yer. Allahu.. Serius, dulu aku tak tau yang pakai bulu mata pelsu ni haram. Jujurnya, aku pun pernah pakai bulu mata pelsu ni masa zaman aku jahil dulu. Time kawen, pergi dinner, pergi konvo semua aku pakai. Huhu.. Sebab tengok orang pakai nampak cantek kan, aku pun terikut-ikut. Lepas dengar ustaz cakap, baru aku tahu. Takkan lah sebab nak cantik di mata manusia, kita sanggup dilaknat Allah. Nauzubillah.. 


"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambungkan." (HR: Bukhari, No. 5934)  


Sedikit petikan kata-kata Ustaz Samsul Debat; "Memang haram hukumnya sambung rambut ni. Tak kisah lah sama ada nak sambung rambut, bulu mata, jambang ataupun bulu hidung. Ia boleh jadi fitnah sebab mengubah kejadian Allah dan menyambung rambut yang menyerupai kejadian asal bulu mata. Pandangan ulama menyatakan pemakaian bulu mata palsu (pakai buang) adalah haram kerana menyerupai kejadian bulu mata yang asli. Namun, ada pandangan syarak yang membenarkan. Contohnya, jika ingin memakai sebagai niat berhias diri untuk suami. Atau mengalami kecacatan sehingga terpaksa memakai bulu mata palsu." 


Maaflah kalau aku cakap. Ini pun sebagai peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Sekarang ni dah makin menjadi-jadi trend mekap + wajib pakai bulu mata palsu. Sampaikan kaum Adam pun dah berani buat tutorial mekap. Allahuakbar. Dunia akhir zaman. Jangan pertikaikan apa yang Allah larang. 


Janganlah korang cakap aku nak tunjuk pandai pulak. Aku pun tak perfect. Banyaaak sangat dosa dan silap aku. Tapi aku cuba sampaikan ilmu saja. Lagipun sharing is caring kan? Sama-sama lah kita cuba berubah dan saling mengingatkan ok =)          



XOXO, 
Ain