Pages

Thursday, 8 March 2018

Puding Sumi Jelly


First time aku buat puding ni. Padahal resepi ni dah lamaaa kot orang duk viral. Baru dapat hidayah nak buat. Kekeke.. Aku buat puding ni sebagai dessert untuk birthday anak buah aku haritu. Alhamdulillah, tak sampai 2 jam dah licin. Budak-budak suka giler sebab kalerful kan. Rasa pun sedap. Walaupun aku tak ada bekas puding yang lekuk-lekuk tu. Aku guna tupperware bulat yang besar tu jer. Kalau guna bekas puding yang berlekuk tu mesti lagi cantek kejadiannya.









Bahan-bahan:


1 bungkus agar-agar tali
2 sudu besar tepung kastard
7 cawan air
1 cawan gula
2 bungkus sumi
1 tin susu cair
Pewarna hijau
Pewarna sirap ros



Cara-cara:


1. Keluarkan sumi dan toskan airnya dalam mangkuk. Susun sumi selang-seli dalam bekas dan 
    letak dalam peti sejuk dalam 20 minit.

2. Masak air dengan agar-agar sampai hancur. Masukkan gula dan kacau hingga larut.

3. Tuang susu cair. Tambahkan tepung kastard. Dengan api perlahan, kacau selalu supaya 
    tepung kastard tak berketul.

4. Tapis adunan dan bahagi kepada tiga bahagian. Satu dibiarkan putih, satu letak kaler merah 
    dan lagi satu letak kaler hijau. 

5. Lapiskan kaler putih. Biarkan beku dalam peti sejuk selama 15 minit. Lepas tu tuang lapisan
    merah dan last sekali hijau.

6. Bekukan at least 5 jam. Bila nak makan, terbalikkan bekas dan potong. 






Selamat mencuba =)



XOXO, 
Ain