Pages

Monday 9 April 2018

Jalan-jalan Ke Taiping






Last weekend, aku ikut hubby outstation ke Taiping. Sesambil tu bole la jenjalan sekali kan. First time aku sampai di Taiping, Bandar Warisan. Memang warisan sangat. Kebanyakan bangunan kat bandar ni masih mengekalkan ciri-ciri rekaan zaman penjajahan British dulu. Cantik sangat. Unik. Yang bestnya bandar Taiping ni kecik jer. Pusing-pusing sikit, dah sampai ke tempat yang nak dituju.


Kami gerak dari KL pukul 11 pagi dan check in hotel sejam lambat. Sebabnya sepanjang perjalanan, ada accident dan terpaksa berhenti terus walaupun di lane kanan gara-gara tiga kali tempuh jam. Hujan pun lebat dan kenderaan banyak. Itu yang slow jer. Alhamdulillah sampai jugak kat Taiping pukul 4 petang. Terus check in dan rehat. Kami stay dekat hotel SSL Traders. Hotel 3 star tapi lokasi strategik, bilik pun cantik dan luas. 


SSL Traders

Breakfast sedapp

Namun, yang tak bestnya aircond TAK sejuk langsung okeh. Suhu paling minimum 27 kott. Berpeluh-peluh kami laki bini kat dalam bilik. Dah macam duduk dalam tin sardin. Dah komplen, maintenance datang check sekali jer. Katanya suhu 27 tu suhu bilik. Nampak sangat diorang tak buat full service aircond ni. Huhu. Nak tukar bilik lain, dah penuh sebab kami pergi time weekend. Tapi breakfast kat hotel ni memang sedapp dan menyelerakan. Cuma yang tak bestnya, ada banyak anjing berkeliaran di sekeliling hotel. Esoknya, lepas breakfast kami terus kemas beg dan check out. Sebabnya malam sebelum tu tak boleh tidor weh. Panas. Tak rasa aircond langsung. Burn lah duit hotel sebab dah booked untuk dua malam. Redha jer. Daripada nak terus stay tapi tak selesa, tak best jugak kan. 


Nasi ayam golek madu + kek + sate

Malam tu, kami keluar cari makan. Disebabkan terlalu penat, kami pergi pasar malam dekat Terminal Bas Kamunting jer. Pasar malam ni setiap Rabu dan Sabtu. Best tau kat sini. Ada banyak pilihan makanan. Paling recommended, nasi ayam golek madu. Sedap sampai menjilat jari. Sebungkus RM4.50 jer. Nasi banyak dan ayam pun besar. Memang kenyang. Ada jugak jual lemang, ketupat dan rendang tok. Yang ni aku tak sempat nak beli sebab dah kenyang sangat. Karang beli bebanyak, tak ter makan. Membazir. 


Hari kedua. Sebelum nak check in hotel lain, kami pergi jenjalan dekat Taiping Mall. Kat mall ni tak ada apa yang best pun. Tak banyak kedai. Tapi ada satu kedai yang best. Kedai Kek Lapis Fiska. Aku tak ingat level berapa tapi kedainya kat hujung sikit, satu level dengan kedai handphone yang bebanyak tu. Sangat recommended. Owner nya anak jati Sarawak. Kek lapis sangat sedap, lembut dan moist. 


Mesti cuba kek lapis Fiska

Kek lapis combo RM9
Cheese tart RM6


Kuetiau goreng special RM12.50

Lepas tu kami pergi lunch dekat Kuetiau Goreng Doli yang femes tu. Memang sedap. Kedai ni bukak setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 11 pagi - 11.30 malam. Ada jugak menu lain macam nasi ayam, mee rebus dan kuetiau sup. Habis makan, pukul 3 petang kami check in next hotel pulak. Hihi.


So, untuk sehari lagi, kami booking Hotel Flemington, betul-betul kat depan Taman Tasik Taiping. Hotel ni hotel baru. Cantik. Bilik sangat luas. Dari tingkap bilik pun dah boleh nampak tasik. Paling penting, aircond sangat sejuk sampai aku menggigil. Haha.. Barulah berbaloi bayar kan. Lepas jer check in, kami rehat dan tertidur.


Hotel Flemington

Biasa-biasa jer breakfast nya

Lepas solat Maghrib, kami pergi ke Pusat Penjaja Taiping. Cari yong tau foo. Aku recommend korang pergi dekat Sotong Kangkung Asra. Gerai dia kat hujung sekali. Betul-betul menghadap Hotel Novotel di seberang jalan. Kat gerai ni best. Banyak pilihan dan harganya lebih murah. 


Gerai Asra

RM16 jer penuh pinggan

Kenyang giler makan untuk kami dua orang jer. Sampai perut rasa ketat. Haha.. Memandangkan masih awal lagi, kami pergi amik angin dekat Dataran Warisan Taiping. Best jugak sini. Ramai orang datang lepak bawak anak-anak. Dah puas melepak kat sini baru kami balik ke hotel. 


Hari ketiga. Kami turun breakfast. Biasa jer breakfast nya. Tak ada lah sedap sangat. Sekadar untuk alas perut. Pilihan pun tak banyak. Memang macam ni kan. Kalau hotel 4 star, breakfast mesti kurengg. Hehe.. Bukan complaint, tapi realiti based on aku punya previous experience. Lepas check out, kami pergi jenjalan sekejap dekat Tasik Taiping. Gigih betul pergi tasik pukul 12.30 tengah hari. Pastu sebelum gerak balik KL, kami makan cendol dan pasembor dekat Ansari Famous Cendol. Sedap dan murah. 


Cendol biasa RM1.60, cendol pulut RM2.00
Pasembor RM3.60

Kesimpulannya, memang best dapat jenjalan makan angin dan cari makan kat Taiping. Ekceli ada banyak lagi tempat menarik dan makanan yang best aku tak sempat pergi. Yela, aku pun ikut hubby outstation kan. In shaa Allah ada rezeki nanti, aku nak datang lagi. Nak makan mee udang Salleh yang tak sempat nak rasa haritu.



XOXO, 
Ain