Pages

Thursday 24 October 2019

Bercuti Ke Hua Hin


Hua Hin? Kat mana tu? Ramai jugak yang tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun tempat ni wujud di Thailand. Hehe. Yelah, biasanya orang pergi bercuti ke Bangkok, Hat Yai, Phuket, Krabi, Koh Samui, Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya kan.

Kalau korang tengok Google maps, Hua Hin ni terletak di tepi laut. Bawah sikit daripada Bangkok. Okay, jom baca tips perjalanan aku dan hubby ke Hua Hin (12-16 Oktober). 


Hua Hin Railway Station

1. Tiket AirAsia

Kuala Lumpur - Hua Hin pergi balik untuk sorang dalam RM250. Penerbangan sejam setengah jer tapi boleh pre-booked in flight meals ya. Airport Hua Hin kecik saja macam dekat Langkawi. Urusan imigresen pun lancar. 


2. Sim card

Beli di kaunter airport taxi. Harga THB200 (RM27) siap dengan unlimited internet untuk tujuh hari. Aku share jer dengan hubby. Pastikan dah ada apps Grab dan Waze sebelum fly. So, takde lah membazir data nak download. 


3. Pengangkutan

Aku naik grab jer untuk ke hotel. Kena tunggu di gate utama, sebelah jalan besar. Sebab grab tak masuk dalam kawasan airport. Ikut jarak hotel masing-masing. Bagi aku lagi murah naik grab sebab hotel aku jauh, area Khao Takiab. Cas THB240 (RM33) berbanding airport taxi THB400 (RM55). 

Untuk jenjalan sekitar bandar Hua Hin, naik songthaew warna hijau. Macam mini bus. Tunggu jer di tepi jalan pastu tahan. Yang ada tulis Night Market - Bluport - Plearnwan - Cicada. Nak turun kena tekan loceng di atas. Sebab tu pentingnya ada data untuk refer Waze. Dah turun baru bayar dekat driver di depan yer. 


Songthaew

Waktu operasi songthaew untuk weekdays (6am - 9pm) dan weekend (6am - 10pm). Tambang THB10 (RM1.40) selepas pukul 6 petang, THB15 (RM2.07) 

Tuk-tuk kat sana diorang panggil taxi. Yang macam motor tu tapi boleh naik empat orang. Sempat jugakla aku naik haritu sebab tak tahu last songtahew pukul 9 malam untuk hari bekerja. Laju giler aunty tu bawak macam nak terbang. Harga THB200 (RM27) dari Hua Hin Night Market ke hotel di Khao Takiab. Nak tunggu grab lagi lambat, naik jer lah.

Untuk jenjalan ke Cha Am, aku upah driver sebab jarak dari hotel ke Santorini Park dalam 40km. Rugi kalau naik grab. Harga upah driver antara THB1300 hingga THB1500 (RM180 - RM207) untuk satu hari. Boleh call Zaidi (H/P : 0810094346) dan pergi jumpa untuk booking. Dia ada dekat kedai bundle jeans sebaris dengan kedai makan Halal Muslim area Hua Hin Railway Station. Terpulang pada itinerary korang nak ke mana. Lagi senang sebab sesama Muslim kan. Boleh cakap Melayu jer.


Rajabakhti Park

Ladang bunga matahari. Bulan Disember lagi tinggi daripada orang

Macam aku haritu memang full day 9 pagi sampai 9 malam. Naik Toyota Hilux. Dia bawa pergi tujuh tempat tau. Rajabakthi Park, Khao Hin Lek Fai Viewpoint, ladang bunga matahari, Santorini Park, Mrigadayavan Palace, Cha Am Beach dan The Venezia.

Nota Kaki : Jangan ambil yang pakej tepi jalan tu sebab diorang cas THB1800 (RM250). Pastu ada yang sampai pukul 3 petang jer. Dapat pulak driver Siam, susah la kita nak pergi makan dan solat. 


4. Kereta dan Motor Sewa

Ikut bajet korang. Kalau pergi ramai-ramai atau bawa anak, lebih elok sewa kereta. Boleh search Hertz, Axis. Sehari dalam RM100 lebih rasanya. Harga minyak tak pasti. Korang kena Google. Motor sewa pulak, aku baca review ramai yang tak recommend. Sebab diorang macam aim tourist. Ada yang kena langgar, ada pulak kena bayar lebih masa pulangkan motor. 

Untuk langkah keselamatan, dapat jer kereta atau motor sewa, ambil gambar dan video. Sebagai bukti korang terima dalam keadaan yang elok. Takda sebarang kemek atau calar. 


5. Hotel 

Tersalah booked hotel. Hehe. Sebab ada dua nama. First Choice Suites dan First Choice Suites By The Sea. Satu dekat bandar, satu di tepi laut. Aku terbooking yang tepi laut tu sebab tulah jauh dari bandar. Tapi ada hikmahnya. Dekat dengan stesen pertama songthaew. 


Serviced apartment

Aku suggest korang cari hotel sekitar Mooz Hua Hin. Dekat giler dengan pantai, 7E dan ada tiga kedai makan Halal area sini. Nak pergi bandar pun senang. Tunggu jer songthaew di tepi jalan besar. 


6. Cuaca dan Masa

Sangad panas. KL lagi sejuk, at least tetiap petang hujan. Wajib pakai sunblock, bawak sunglasses, topi, pakaian yang sesuai dan kipas tangan. Ada jugak yang bawak payung. Hihi. Thailand lewat sejam daripada Malaysia. Install sesiap apps Quran Melayu untuk waktu solat. 


7. Makanan 

Tak perlu risau kalau tetiber lapar di tengah malam. Cari jer 7E dan Family Mart. Banyak makanan yang ada logo Halal tau. Susu, roti, burger, hotdog, mushroom soup, pizza, keropok, biskut. 

Kedai makanan Halal di Hua Hin :

1. Mooz Hua Hin
2. Roti Teh Tarik Muslim
3. Muslim Food Zubaidah
4. Bang Nara Halal Food
5. Tan Roti Mutaba
6. Halal Muslim Food
7. Hua Hin Halal Beach Seafood
8. Kedai Makan Abang Mana (Cha Am)

Hua Hin Night Market ada tiga gerai Halal. Jual kebab, pancake, fries dan nugget. Korang jalan jer sampai hujung. Harga makanan lebih kurang jer dengan sini. Cuma Mooz tu mahal sikit. Tapi dalamnya ada bilik solat. Personally, rasa makanan dekat Hua Hin biasher-biasher jer. Makanan di Hat Yai jauhh lebih sedap. Hehe.


8. Tempat Menarik

Lebih banyak berbanding Bangkok. Best tau. Tapi tak sempat cover semua pun sebab aku jenjalan naik songthaew. Last day jer upah driver. Kalau korang sewa kereta, bolehla pergi banyak tempat.

Yang free :

1. The Chocolate Factory
2. Bluport Mall (surau di Floor B)
3. Market Village
4. Cicada Market
5. Plearnwan
6. Seenspace Cafe
7. Memory House Cafe
8. Hua Hin Beach
9. Hua Hin Railway Station
10. Rajabakhti Park
11. Khao Hin Lek Fai Viewpoint
Santorini Park
The Venezia

Yang kena bayar (untuk seorang) :

1. Santorini Park - THB150 (RM20)
2. The Venezia - THB250 (RM34)
3. Camel Republic - THB200 (RM27)
4. Swiss Sheep Farm - THB150 (RM20)
5. Mrigadayavan Palace - THB30 (RM4)
6. Ladang bunga matahari - THB20 (RM2.70)

Dalam Santorini Park ada surau. Sini memang best. Tandas bersih dan cantik. Air pun sejuk. Boleh jenjalan dan bergambar sampai lebam. The Venezia indah khabar daripada rupa. Banyak bahagian yang terbiar. Tandas kotor. Better korang ambil pakej naik gondola jer. Rugi ambil yang full.

Camel Republic dan Swiss Sheep Farm sesuai kalau korang bawak anak-anak. Dedua tempat ni banyak binatang jer. Tapi kalau nak masuk jugak untuk bergambar, terpulanglah.


9. Souvenir

Beli dekat Hua Hin Night Market. Ada banyak dress dan blouse kaler putih yang cecantik. Beg rotan ada. Plearnwan pun banyak pilihan. Kena pandai nego. Pastikan korang tanya diskaun tetiap kali nak beli barang okay. Kebanyakan seller kasi jer.


10. Tips Tambahan

Pastikan bawak international adapter dan power bank. Pakai baju yang warna pastel. Kebanyakan tempat di sana background kaler merah, biru, putih dan kuning. Pepandailah korang atur baju ikut itinerary yer. Supaya nampak cantik dan meletops dalam gambar. Selamat bercuti =)


XOXO, 
Ain