Pages

Thursday 19 March 2020

Corona Virus Dah Lama Dirancang?


Sejak sekolah rendah lagi, bila cikgu suruh buat karangan tentang zaman 2020, kemain fantastic dengan dunia yang canggih serba serbi, kereta terbang. Duk bayangkan lebih kurang macam kereta terbang yang Harry Potter naik tu. Namun takdir Allah takda siapa yang boleh menghalang. Bukan kereta terbang, rupa-rupanya virus yang terbang. Wawasan 2020 satu Malaysia stay at home. 


Ada banyak teori dan konspirasi yang mengatakan Corona virus ni dah lama dirancang. Kawan aku ada share sebuah buku, The Eyes of Darkness yang diterbitkan tahun 1981. Siap mention akan ada satu virus yang menyerang sistem pernafasan manusia di tahun 2020. 




Ustaz Amin ada share tentang drama Korea, tajuknya My Secret Terrius. Dalam Episod 10 drama ni memang ada sebut pasal Corona virus dan simptom-simptomnya. Suami siap pesan suruh isteri dan anak-anak duduk dendiam di dalam rumah. 




Ustaz Hanafi pernah share petikan dalam Iqra' yang menyebut Qo Ro Na. Adakah semua ni satu kebetulan atau suratan? Wallahua'lam. Semuanya berlaku dengan izin Allah juga kan. Ada hikmahnya semua ni terjadi. Tidak Allah turunkan sesuatu musibah dengan sia-sia. 




Kalau sebelum ni manusia terlalu sombong, leka dan lalai dengan urusan duniawi, bila merebaknya Covid-19 semua urusan dunia terhenti. Pencemaran semakin menurun, bumi sedang pulih. Kita ada lebih banyak masa terluang dengan keluarga dan anak-anak sepanjang PKP. Boleh muhasabah diri, banyakkan solat taubat, tingkatkan kualiti ibadat dan sebagainya. 


Allah nak kita kembali dekat kepadaNya. Apa yang ada di dunia semuanya hanya sementara. Akan musnah bila hari kiamat tiba. Tak ada apa pun yang boleh menandingi kuasa Allah. Pesan Ustaz, kalau betul virus ni adalah khianat manusia, tambahkan surah 3 Qul dalam amalan kita. Selain doa dan solat hajat semoga Allah lenyapkan virus ni dari muka bumi buat selamanya. Aamiin Ya Mujib. 


Jom amalkan doa ni 3 kali pagi dan 3 kali petang
supaya Allah pelihara kita dari sebarang keburukan


XOXO, 
Ain