Pages

Sunday, 12 April 2015

Ajaibnya Sedekah


Hai dearies. Salam keberkatan dan kejayaan.

Dari Abu Hurairah RA bahawa, Rasullullah saw bersabda, apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh (Hadis riwayat Bukhari).

Situasi biasa yang berlaku kat negara kita ialah, orang minta sedekah masa tengah makan kat kedai makan. 
Mungkin ada antara kita yang teragak-agak untuk memberi. Maklumlah, dah banyak kes peminta sedekah menipu, ada sindiket lah, macam-macam lagi. 

Kata seorang ustaz yang terkenal dalam satu ceramahnya, kalau dia menipu, itu urusan dia dengan Allah. Yang penting niat kita sedekah tu ikhlas. Sekecil mana pun nilai pemberian pasti sangat bermakna kepada penerima. Bukankah tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima?

Memang tak dinafikan rakyat Malaysia ni semua pemurah dan baik hati. Dari sudut pandangan Islam, sedekah bermaksud benar. Ia adalah amalan sunat yang amat digalakkan dan sebagai lambang kebenaran iman. Setiap kebaikan dalam bentuk fizikal atau spiritual adalah sedekah. Senyum juga satu sedekah kan =)

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala pada sesiapa yang dikehendakiNYa dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya," (Surah Al-Baqarah, ayat 261).


Banyak manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh jika kita suka bersedekah. Antaranya, menyucikan harta benda, berkat harta dan luas rezeki, ganjaran yang berpanjangan, menolak penyakit dan bala, diringankan ketika hisab amalan dan banyak lagi.

Jom sama-sama kita amalkan. Ringankan tangan untuk bersedekah. Tak akan rugi, tak akan kurang duit/harta kita malah akan bertambah-tambah lagi. Pesan emakku, sedekah yang paling senang ialah sedekah bagi orang makan. 

Kata Ustaz Ismail Kamus - "Duit yang ada dalam simpanan atau kocek kita, belum tentu akan jadi milik kita yang sebenar. Mungkin duit itu akan jadi milik mekanik, klinik atau waris kita. Yang mana kita punya? Yang kita sedekahkan pada orang lain itulah sebenarnya duit kita."



Salam sayang,
ain