Hai dearies.
Pantang betul bagi kita orang perempuan kalau perut buncit kan. Hehehe.. Rase nak tampor-tampor je perut tu bagi leper balik macam zaman anak dara dulu. Bawok bersabor ye.
Saya nak share tips elakkan perut buncit. Perkongsian daripada Kevin Zahari. Semoga bermanfaat ok =)
1. Elakkan liposuction (sedut lemak), pil diet dan diet yang ekstrem. Liposuction boleh mengakibatkan pendarahan dalaman. Pil diet pula mungkin mengandungi bahan terlarang yang berbahaya.
2. Amalkan makan oat. Oat rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, rendah kalori tetapi tinggi nutrisi.
3. Senaman 3 - 4 kali seminggu. Dengar muzik ketika bersenam. Cara ini dapat mengekalkan tenaga dan rasa seronok ketika bersenam.
4. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak dan tomato adalah yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut.
5. Ambil makanan dalam jumlah yang kecil. Ini dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma kerana tidak perlu memecahkan makanan dengan banyak.
6. Pisang, anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun juga dapat menurunkan lemak di bahagian perut.
7. Buat jadual diet harian dan patuhi pelan tersebut. Tuliskan target, impian dan berat badan ideal.
Salam sayang,
ain