Pages

Sunday, 16 August 2015

Bercuti ke Penang (Part 1)


Assalamualaikum dearies. 


Baru nak update pasai percutian pendek ke Penang. Kira #throwback la ni. Heheh.. Balik kampung masa Syawal ke-5 hari tu. Last minute plan, hubby ajak pi Penang. Last time kami pi Penang 2 tahun lepas. Masa tu baru kawen. Kali ni kira birthday treat untuk hubby lah. Birthday hubby 22 Julai, kami pi Penang 26-28 Julai.


Day 1 : Padang Kota


Orang Utara panggil Penang ni Tanjung. Taktau pasai pa panggil Tanjung. Mungkin maksudnya pulau kot. Hehe.. Kami stay dekat Hotel The Royale Bintang, area Georgetown. Amik pakej sekali breakfast. Bestt sangat hotel ni, sebab bilik dia cantik dan bersih. Walaupun tak luas sangat. Bilik air pun cantik. Cuma, tak ada bath tub ja. Hehe. Amik bilik yang sea view. Dapatlah tengok Star Libra Cruise berlabuh kat depan port. Check in hotel, dah pukul 5.30 petang. Sebabnya, sebelum tu kami di Baling. Rumah tok hubby. Cousin hubby kawen. Sampai ja hotel, rehat, mandi dan solat dulu. Lepas tu, kami pi pekena pasemboq dekat Padang Kota Lama untuk makan malam. 


Nak naik feri takut lambat pulak


Bilik cantik dan kemas


Hotel gift


Jarak hotel dengan Padang Kota Lama tak jauh mana pun. Staff hotel tu kata, boleh jalan kaki ja. Tapi disebabkan kami lapaq sangat, naik ja lah kereta kan. Hee. Malam tu meriahh sangat kat Padang Kota. Ramai gila orang sampai 3 kali pusing cari parking. Rupa-rupanya ada event. Pertunjukan Transformers. Memang sesak la jalan. Kami parking dekat depan Fort Cornwallis. Lepas tu jalan agak jauh jugaklah nak pi pekena pasemboq.


Kebanyakan blog yang saya baca, semua suggest makan pasemboq Hussain. Dekat food court Kompleks Renong, betoi-betoi menghadap laut. Kalau anda parking dekat Fort Cornwallis tu, jalan straitgh menghadap ke laut. Lepas tu belok kiri. Jalan terus akan nampak Kompleks Renong. Kat food court depan tu kedai Cina. Jalan ke depan lagi baru jumpa kedai Melayu ok. Bestt, makan pasemboq waktu malam dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa. Kat sini memang ramai orang. Seriously pasemboq Hussain memang terbaikk. Sedap, cukup rasa semua. Dan, banyak pilihan. Cucur udang, bebola, ubi kentang goreng, udang, sotong, semua ada.


Gerai Hussain



RM18 sepinggan. Boleh share 3 orang


Alhamdulillah. Perut dah kenyang. Kami lepak kat benteng tepi laut sambil tengok busking. Ada jugak service urut kaki kat sini. Lepas tu jalan-jalan lagi tepi laut. Hajat di hati, lepas makan pasemboq nak cari mi goreng sotong Hameed yang glamor tu. Tapi, tak jumpa pon. Dah tutup kot. Last-last hubby ajak balik hotel ja sebab dah penat berjalan. Sebelum balik ke hotel, sempat beli buah untuk supper. Hik3. Memang mai jalan-jalan cari makan sungguh la.. 


Esok pagi, turun breakfast kat cafe. Sebab dah amik pakej dengan breakfast, rugi pulak tak pi makan kan. Kat sini pun tak dan nak snap gambaq. Honestly, makanan kat sini biasa-biasa ja walaupun hotel ni Hotel 4 Bintang. Bolehlah, untuk alas perut kan. Ada macam-macam pilihan; nasi lemak, rendang ayam, mi goreng mamak, waffle, roti canai, cereal, kek, salad, roti bakar, macam-macamlah.


Lepas breakfast, naik ke bilik. Siap kemas beg nak check out. Plan asal, hari ni nak balik rumah mak kat Loq Staq. Tetiba, malam tadi hubby ubah fikiran nak tambah sehari lagi kat Penang. Hee. Mujur sempat booking hotel semalam. Tapi, kat The Royale dah fully booked. Ate, kami booked Hotel Sunway la pulak. Haha lawak betoi. Pi mai pi mai pindah hotel =P


Sunway Hotel



Lebih luas daripada The Royale



Kat sini pun kami ambil pakej dengan breakfast jugak. Honestly, makanan kat sini super sedap daripada The Royale. Dua-dua sama, Hotel 4 Bintang. Tapi, taste tak sama lah, dah chef pun tak sama kan. Sebab tu rasa pun lain kan. Hehe. Tak sia-sia hubby tambah extra RM100 untuk breakfast. Dapat special treat. Breakfast dekat Club Lounge, 1 level bawah bilik kami ja. Paling best kat sini lebih privasi. Fe-feeling VIP sangat =P



English style. Macam-macam ada


 Main course : Nasi lemak


Buah + dessert 





Waffle dan hash brown


Day 2 : Bukit Bendera 

Sebelum ni dah pernah pi Bukit Bendera. Saja nak pi lagi. Hee. Sebabnya seronok sejuk-sejuk kat atas tu. Tiket masuk RM3 seorang. Masa nak naik atas tu, ramai pulak tourist. Penuh la train. Saya berdiri kat depan sekali. Huhu gayat jugak tau. Train ni kan landasan dia condong ke atas. Rasa macam nak terbalik. Ooppss..



Laju. Kecut perut duduk depan sekali. Haha



Dah sampai kat stesen atas



Subhanallah, tenang dan nyaman



Wefie dulu


Pemandangan Penang dari atas. Tak jelas sebab kabus tebal


Kat atas puncak ni just jalan-jalan, tengok pemandangan. Hirup udara dan angin bukit. Sejuk dan nyaman sangat. Terasa aura ketenangan menyelinap masuk dalam kalbu. Jiwang karat. Haha..


Dekat Owl Museum, ada food court. 1st level gerai makanan, 2nd level gerai minuman dan dessert. Peberet saya, of course la makan laksa kan. Sedap. Kuah pekat. Tak ingat gerai tu nama apa. Tapi kakak ni seroang ja yang juai Laksa Penang.


Lepas makan laksa, pekena pulak aiskrim + banana split




Strawberry coklat + whipping cream


Pemandangan waktu malam

Lepas Isyak, baru kami turun bawah. Sebabnya, dah banyak kali train full. Ramai tourist. Masa ni paaling ramai tourist dari India, Pakistan dan China. Perut dah bergendang. Mula-mula ingat nak pi makan char kuetiau Abang Misai yang famous tu. Cari dekat Waze, jauh la pulak. Lapaq punya pasai, saya ajak hubby pi makan kat Padang Kota. Hehee.. Malam tu kami makan mi udang. Memang sedap tapi harga tak berbaloi. Udang saiz sederhana, RM8 sepinggan! Lepas tu, sebelum balik ke hotel, dan lagi tapau pasemboq Hussain. Nafsu betoi kan.


Sekian dulu. Part 2 to be continued. Melawat kilang jeruk Pak Ali.


Salam sayang,
Ain