Pages

Tuesday, 18 August 2015

Rezeki Bercuti Ke Jepun Selepas 6 Tahun


Assalamualaikum dearies..


Dah lamaa nak tulis entry ni. Tapi asyik tertangguh jaa. Hehee.. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Semoga kisah saya boleh dijadikan iktibar ya =)


Tahun 2008, masa tu saya buat Diploma dekat UiTM Merbok. Dah final year pun. Saya ni jenis yang aktif dalam persatuan dan kelab sejak zaman sekolah. Setiap persatuan yang saya masuk, saya mesti pegang jawatan. Gila kuasa kan. Hahaa. Nak dijadikan cerita, pihak Perwakilan Kolej ada anjurkan program anak angkat ke Jepun selama seminggu. Jepun?? Hati saya dah melonjak-lonjak nak join program ni. Secara peribadi, saya sangat kagum dan sukaa betoi dengan budaya Jepun yang sangat bersih dan maju tu. Bila dah dapat peluang macam ni, of course lah nak sangaat pergi kan. 


Jadinya, kami yang 'berjawatan' ni, bertungkus-lumus lah cari sponsor. Hujung minggu pun sibuk ke sana ke mari cari sponsor. Penat memang penat, masa tu final year. Dengan sibuk buat research, nak ulangkaji, dengan aktiviti persatuan, nak jaga kebajikan penghuni kolej lagi. Fuhh memang iron lady lah. Tak cukup tidur tu perkara biasa. Kalau dapat tidur on time tu memang pelik. Hahaa.. Alhamdulillah, dapatlah sponsor daripada badan-badan korporat yang sudi bagi sumbangan. 


Yang bestnya, kami daripada jawatan Majlis Tertinggi ni dapat special price tau. Hanya bayar dalam RM1,000 lebih ja untuk join program ni. Mungkin dah habis murah bagi orang lain. Tapi, saya ni bukan daripada keluarga yang senang. Duit PTPTN yang ada tu cukup-cukup untuk belanja harian dan beli keperluan belajar. Selebihnya saya dah reserved sikit untuk persiapan sambung Degree nanti. Bila difikirkan balik, stay dekat Jepun seminggu, lepas tu nak pergi jalan-jalan, nak beli souvenir, dah berapa tu?? Maksudnya kena tambah duit sendiri lah kan.


Lepas fikir masak-masak, saya terpaksa lepaskan peluang tu dekat orang lain. Kerana terpaksa, aku relakan. Hehe.. Masa tu memang rasa sedih yang teramat. Dah penat-penat cari sponsor, tak ada rezeki pulak nak join. Memang saya menangis sungguh-sungguh. Dalam sedih-sedih, saya pujuk hati. Tak apalah, nak buat macam mana. Redha saja. Bukan rezeki saya, rezeki orang lain.


Habis Degree, saya terus start kerja. Setahun setengah lepas tu saya kawen. Dalam hati, saya masih simpan impian nak jejak kaki kat Bumi Nihon. Pernah jugak berangan nak honeymoon kat oversea. Kekonon lah. Tapi, duit dah habis buat kenduri. Haha loqlaq.. Dipendekkan cerita, bulan Mac 2013, masa tu dekat rumah mak mertua. Waktu malam. Kakak ipar saya tengah booking tiket ke Tokyo. Dan, ajak kami pergi sekali. Sebab kebetulan, sepupu hubby duduk sana. Ikut suaminya sambung PhD. Hari tu last day promo AirAsia tau. Hubby pun terus setuju dan booking masa tu jugak. Kami dapat tiket murah, RM1,700 pergi balik untuk dua orang. Bermimpikah saya?? Memang betoi-betoi last minute punya plan. Hehehh.. Lepas dah confirm tiket, mula lah buat persiapan sikit-sikit. First time nak pi oversea la katakan. Lagi-lagi nak pergi dream country. Lagi lahh excited kan.


Tahun 2014, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 7 Februari, hari Jumaat penuh barakah kami berlepas ke Tokyo. Tujuh orang semuanya - mak mertua, ayah mertua, kakak ipar, anak buah dua orang, hubby dan saya. Perjalanan ke KL - Tokyo memakan masa 7 jam 15 minit. Tapi, kami sampai awal. Turun ja dari kapal terbang, Alhamdulillah dapat jugak jejak kaki kat Jepun. Rasa macam bermimpi. Memang kami nak merasa main salji. Waktu bulan Februari tu dalam pertengahan musim salji. Subhanallah, memang cantik sangat, dan besttt sangat first time dapat main salji. Jakun habis. Hahaa.. 


Seronok pi ramai-ramai


Muka masing-masing dah kemerahan, tahan sejuk. Suhu -12'C


Seminggu kami kat sana. Last day sebelum balik KL, dapat tengok bunga sakura. Part yang paling best, kos penginapan dah jimat sebab duduk rumah sepupu hubby. Transportation pun tak banyak pakai duit. Kami naik train ja. Ada sesetengah tempat, suami kepada sepupu hubby yang bawak kami pergi jalan-jalan. Tourist guide bukan masalah. Hehe. Sebab anak sepupu hubby yang guide kami, dah pandai berbahasa Jepun sebab sekolah kat sana kan. 


Subhanallah, bila kenang balik, indahnya percaturan Allah. Betoilah. Janji Allah itu pasti. Bila kita redha dengan kehilangan sesuatu, Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Yang penting, yakin dan sabar. Bila-bila masa Allah nak bagi memang boleh saja kan. Dan, kita tak tahu pun akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah, saya dah merasa.

Terima kasih sudi baca kisah saya ni. Semoga bermanfaat =) 



Salam Sayang,
Ain