Pages

Friday, 21 August 2015

Spageti Goreng











.

Bahan-bahan :

Segenggam spageti yang direbus (untuk 2 orang makan)
5 sudu besar kuah spageti (saya pakai brand Kimball)
3 sudu besar cili boh 
Isi ayam dan udang
Sos cili
Sos tiram
Kiub ayam Knorr
Tomato cherry
Brokoli
Capsicum 
Sedikit garam 
Sedikit mentega (pengganti minyak zaitun)
Bawang besar Holland


Cara-cara :

1. Panaskan kuali. Masukkan mentega. Bila mentega dah cair masukkan bawang besar Holland yang dipotong dadu.
2. Masukkan cili boh. Biarkan cili masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan kuah spageti. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan garam, kiub ayam, isi ayam, brokoli, sos cili dan sos tiram.
5. Tunggu sampai isi ayam masak.
6. Masukkan udang, capsicum, tomato cherry dan spageti yang direbus tadi.
7. Gaul rata. Padamkan api dan angkat.




Salam Sayang,
Ain