Pages

Thursday 13 August 2015

Sardin Gulung






Bahan-bahan :

6 keping roti putih Gardenia
Sebiji telur
Sardin (tin kecik)
Bawang besar (potong dadu)
Sedikit garam


Cara-cara :

1. Masukkan sardin bersama bawang besar di dalam mangkuk. Ambil sedikit kuah sardin. Gaul dan hancurkan isi sardin. Tambah garam sedikit.

2. Ambil gelas. Canaikan roti putih.

3. Pukul rata telur di dalam mangkuk lain.

4. Letakkan isi sardin tadi di atas roti putih. Gulung dengan kemas. Letakkan sedikit telur di hujung roti selepas digulung. Untuk elakkan gulungan roti terbuka semasa digoreng.

5. Panaskan minyak. Celupkan gulungan roti ke dalam telur sebelum goreng. Goreng sampai keperangan sedikit.



Salam Sayang,
Ain