Pages

Tuesday, 22 September 2015

Jubah Sekarang Bukanlah Jubah Yang Dulu


Pakai jubah memang cantik. Nampak sopan, ayu dan manis sangat. Paling penting, menepati kehendak syariat dengan potongan jubah yang longgar. Lagipun, senang nak solat. 


Tapi, itu dulu..


Maaf cakap. Saya makin pelik dan sangat tak faham dengan konsep jubah moden sekarang. Cutting kecik, nampak bentuk badan seketoi-seketoi. Saya dah 'terkena' dengan jubah moden ni. Seller kata free saiz. Bila dah sampai kat rumah, Ya Allah kecik nak mampuih. Macam sarung nangka. Allahu... 


Rugi pun rugilah. Takkan nak pakai jugak kan, tak menepati kehendak syariat langsung. Saya mengaku, saya dulu pun jahil jugak. Pakai baju ketat. Biasalah, darah muda kan. Saya bukan ustazah, jauh sekali pencetus ummah. Jom, sama-sama kita berubah. Mudah-mudahan terus istiqamah. Amin =) 











Salam Sayang,
Ain