Pages

Monday, 21 September 2015

Petua Mudah Goreng Ikan Bilis Rangup


Secara peribadi, saya sukaa sangat makan ikan bilis. Lagi-lagi yang rangup. Makan ikan bilis rangup + bawang besar dengan nasi hangat, uii terangkat uolls. Tambah pulak dengan sambal ikan bilis pedas lagi sedapp, cukup pakej. Paling sedap makan dengan sambal bilis kering + ubi kentang. Yummy! Boleh tambah nasi dua, tiga pinggan. Hehe. Saya ni jenis simple ja. Makan simple macam ni lah yang paling saya suka. 


Tapi, ada jugak kadang-kadang tu goreng ikan bilis jadi tak rangup kan. Rasa liat. Nampak simple, tapi nak goreng ikan bilis pun kena ada skill tau. 
Ikan bilis warna kuning
Senang ja petuanya. Masa membeli, pilih ikan bilis yang berwarna putih atau kuning. Yang jenis ni, harganya mahal sikit. Lepas tu kopek dan basuh dengan air. Perap ikan bilis dengan sedikit cuka selama 5 minit. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Bila dah nampak sedikit perang, angkat dan toskan.



Selamat mencuba =)



Salam Sayang,
Ain