Pages

Sunday 4 October 2015

Minum Air Kosong untuk Kurus


Nak kurus dengan mudah? Memang mudah sangat, hanya amalkan minum air kosong. 


Kebanyakan daripada kita mungkin sukar untuk mengamalkan minum air kosong sebab dah terbiasa minum air manis pelbagai perisa. Dulu pun saya macam tu jugak. Setiap hari mak saya pesan, mesti minum air kosong setiap kali selepas minum air manis. Saya berubah kepada suka minum air kosong sebab setiap kali minum air manis berlebihan, saya akan jadi cepat letih dan rasa tak puas. Tekak rasa macam melekit-lekit. Alhamdulillah, sehingga kini saya mampu minum 3 liter air kosong setiap hari. 


Ketika perut kita terasa lapar, kita akan cepat-cepat makan. Sebenarnya, kita tidak faham dengan isyarat badan yang haus dan memerlukan air. Amalkan tabiat minum segelas air kosong sebelum mula makan. Dengan cara ini, kita akan mudah merasa kenyang dan tidak akan makan dalam jumlah yang banyak. Selera makan juga akan turut berkurang. Selain itu, sebaik bangun dari tidur, minumlah segelas air kosong. Letakkan air kosong di sebelah katil. Mengikut kajian, ia baik untuk kesihatan jantung dan melancarkan proses pencernaan. Ini juga adalah salah satu petua untuk awet muda.







Minum air kosong secukupnya adalah penting untuk memastikan peredaran darah mengalir dengan sempurna ke seluruh tubuh. Minum air kosong juga dapat melancarkan proses penyingkiran toksin dari badan dengan mudah. Jika badan kekurangan air, toksin tidak dapat disingkirkan. Kesannya, kita akan kerap sakit kepala, masalah penghadaman, masalah sembelit, badan lemah, pengaliran darah tidak lancar, masalah jerawat dan sebagainya.



   Bagaimana cara untuk mengekalkan tabiat minum air kosong? 
Mulakan dengan sebotol air mineral yang kecil (500ml). Minum setiap 20 minit atau 30 minit sehingga habis. Kemudian, isi lagi air kosong. Lama-kelamaan anda akan terbiasa minum air kosong. Boleh juga amalkan minum dua gelas air kosong (250ml) setiap kali selepas solat 5 waktu. Cara saya, guna botol air 1 liter. Minum sampai habis, ulang sebanyak 3 kali. Cukuplah 3 liter sehari. Selain itu, boleh download application Water Your Body sebagai reminder untuk minum air kosong. Paling penting, kuatkan semangat untuk mengurangkan minum air manis, disiplin untuk amalkan minum air kosong dan berazamlah untuk menurunkan berat badan secara ideal.



Salam Sayang,
Ain