Pages

Tuesday 6 October 2015

Petua Mudah Hilangkan Eyebag


Eyebag? Eeii geramnya.. Susah nak cover. Pakai foundation 6 inci pun still nampak. Dah macam mata panda. Selain jerawat dan kesan parut, eyebag adalah musuh utama bagi wanita. 


Kalau ada event, bolehlah nak makeup tebal sikit kan. Letak concealer banyak-banyak untuk cover eyebag. Tapi, kalau hari-hari biasa? Takkan nak makeup tebal pulak? Tak nampak natural. Nanti liang pori tersumbat, tumbuh pulak jerawat gatal bak cendawan selepas hujan. Hmm.. 







Eyebag atau lingkaran hitam di bawah mata terjadi disebabkan oleh kekurangan darah (anemia) atau kurang tidur. Apabila kurang tidur, saluran darah tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Darah akan terkumpul di bahagian bawah mata. Eyebag juga berlaku atas faktor alergi. Jika anda mengalami rasa gatal di bahagian mata, anda mungkin akan menggosoknya dengan kuat. Gosokan yang kuat akan menyebabkan darah terkumpul di dalam pembuluh darah yang menyebabkan munculnya lingkaran gelap dan hitam.


Jom, saya kongsikan petua mudah dengan anda untuk menghilangkan eyebag.



Petua tradisional


1. Letakkan hirisan timun pada bahagian mata.

2. Rendam kapas dalam air suam dan letak pada bahagian mata dalam masa 15 minit.

3. Cuci mata dengan air sejuk agar mata sentiasa segar. 

4. Untuk melegakan tekanan pada mata, tutup mata dan buat urutan lembut di sekitar mata. 

5. Rehatkan mata yang letih dengan melihat tumbuhan atau pepohon hijau. 

6. Sebelum tidur, bersihkan kesan mekap pada bahagian mata dengan air suam sehingga bersih. 



  
Salam Sayang,
Ain