Pages

Monday 26 October 2015

Gula Perang vs Gula Putih


Yang mana satu lebih baik? Gula adalah salah satu faktor kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa khasiat yang lain. Pengambilan gula atau kalori berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan bertukar menjadi lemak


24 sudu teh gula akan menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ini memakan masa sebanyak 5 jam. Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula. 








Tak ada beza pun. Maknanya, gula putih dan gula perang mempunyai kalori yang sama. Jom baca panduan pengambilan pemanis:


1. Gula putih dan perang : kalori adalah 1g = 4kcal. Gula putih melalui proses penghasilan yang berbeza iaitu bleaching. Tetapi, kedua-duanya adalah jenis gula ringkas.


2. Stevia : kalori rendah atau boleh dikatakan tidak berkalori dan bersifat neutral. Pengganti pemanis yang baik. 


3.  Madu : kalori adalah 1g = 3kcal. Sangat bagus untuk diamalkan kerana mengandungi kandungan yang merangsang pertahanan badan.


4. Equal/Palsweet : tidak berkalori. Tetapi, membebankan buah pinggang untuk menapis serta membuang artificial sweetness daripada badan. Pemanis tiruan yang paling tidak bagus walaupun ia tidak menggemukkan. 


5. Alcohol sugar : terdapat dalam chewing gum, candy dan mints yang kononnya bersifat 'sugar free'. Ada banyak jenis alcohol sugar yang berkalori 2.5kcal untuk 1g. Tidak mengandungi alkohol. Ia diberi nama alcohol sugar kerana struktur kimianya yang menyerupai alkohol.



Credit to : Kevin Zahari 



Salam Sayang,
Ain