Pages

Tuesday, 27 October 2015

Kenali Buah-buahan Anti-Kanser


Subhanallah. Betapa bijaksananya Allah menciptakan buah-buahan yang bersifat anti-kanser. Apa-apa jenis penyakit pun, semuanya berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup kita. Jom ubah dan amalkan gaya pemakanan yang lebih sihat. Buah-buahan ni boleh dijadikan sebagai salad ketika menonton TV, berkelah ataupun bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Mudah kan?








1. Acai berry dapat menghalang pembentukan darah beku, merangsang sistem imun, melawan obesiti, membaiki sistem penghadaman, menjaga tahap kolesterol, melawan radikal bebas dan membina otot.

2. Anggur ungu kaya dengan Revasterol, sejenis agen anti-pengoksidaan yang sangat berkesan untuk menentang kanser. Juga, menjaga kesihatan jantung, mata, kulit dan arteri.


3. Goji berry mencegah keletihan yang kronik, penyakit kulit, sakit kepala, sakit sendi dan tulang, masalah pengaliran darah serta masalah seksual.


4. Blueberrry bersifat anti-penuaan, menentang kanser serviks dan payudara, meningkatkan daya ingatan, mencegah jangkitan saluran kencing, melindungi jantung dan mata.


5. Buah delima dapat mengatasi serangan strok, kencing manis, jangkitan bakteria dan kulat serta masalah usus.


6. Buah kiwi adalah alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah sebagai perlindungan kepada jantung. Kanak-kanak yang mengambil buah kiwi didapati kurang mengalami masalah pernafasan dan batuk. Kiwi dapat melindungi DNA daripada radikal bebas, mengawal tahap gula dalam darah dan menyingkirkan toksin. 


7. Strawberry bersifat anti-oksidan dan anti-penuaan. Ia dapat memberi kesan awet muda, meningkatkan sistem imun dan juga mencantikkan kulit.




Salam Sayang,
Ain