Pages

Monday 23 November 2015

Ayam Goreng Rangup Ala KFC


Hmm.. Kalau beli ayam, asyik goreng dengan garam dan kunyit. Lepas tu buat sambal, masak merah atau masak kicap. Bosan jugak kan. Tetiba dapat idea. Mula-mula nak buat ayam goreng berempah. Godek peti ais, tak cukup bahan la pulak. Hehe..


Guna je lah bahan yang ada, kena kreatif sikit. Maka, terciptalah ayam goreng rangup ala KFC. Makan dengan nasi putih panas-panas, cicah pulak dengan sos cili. Perghh sedapp. 






Bahan-bahan: (untuk 2 orang)


Bahan A
2 ketul ayam
2 sudu besar rempah kari ayam/daging
4 biji bawang putih (ditumbuk) 
1/4  kiub ayam Knorr (dihancurkan)
1 sudu besar serbuk paprika untuk rasa pedas (tak letak pun)
Garam dan kunyit secukup rasa
Sedikit air 


Bahan B

3 sudu besar tepung jagung
1 setengah sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa






Cara-cara:


1. Gaul sebati bahan A dalam mangkuk. Tambah sedikit sahaja air. Just untuk lekatkan semua bahan A pada ayam. Perapkan ayam dengan bahan A selama 1 jam.

2. Pukul telur dalam mangkuk lain. 

3. Campurkan tepung jagung, tepung gandum dan garam dalam mangkuk yang asing. Gaul rata.

4. Panaskan minyak. Celup ayam ke dalam telur. Kemudian, golekkan dalam mangkuk yang berisi tepung. Goreng ayam sampai masak. Saya goreng dalam 20 minit pada api perlahan. 

5. Angkat dan toskan.



Dah siap. Ayam goreng rangup ala KFC. Bila makan, bunyi kriuk kriuk tau. Hihi. Selamat mencuba =)



Salam Sayang,
Ain