Tumit kaki pecah dan merekah? Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini ialah tubuh kita kekurangan air. Sebab tu lah kulit jadi kering dan merekah dekat bahagian tumit. Lagi teruk bila kulit merekah dan pecah di sekeliling kaki.
Petua atasi tumit kaki pecah:
1. Gosok tumit menggunakan batu sungai.
2. Gosok tumit dengan bawang merah.
3. Lenyekkan nasi yang masih suam pada tumit kaki.
4. Geselkan kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi.
5. Lumur asam jawa di bahagian tumit. Kemudian rendamkan kaki di dalam air suam yang berisi garam bukit.
Tips elakkan tumit kaki pecah:
1. Banyakkan minum air kosong.
2. Pakai stoking. Pilih rekaan kasut yang sesuai.
3. Kekalkan berat badan ideal.
4. Urut tumit sebelum tidur menggunakan losyen, minyak atau krim khas untuk tumit.
Salam Sayang,
Ain