Pages

Monday, 28 December 2015

Part III : Bercuti di Pekanbaru


Day 4 : 15 Disember 


Hari ni nak balik KL dah. Huhu. Lepas breakfast, kami rehat sekejap. Kemas-kemas barang untuk check out. Memandangkan flight kami pukul 5.20 petang, jadi kami singgah makan tengah hari di rumah nenek Bayah dulu. Lebih kurang pukul 2.30 petang kami dah bergerak ke airpot. 



Nak check out 


Awal gila kami sampai kat airport. Kaunter untuk check in luggage pun pukul 4.30 baru bukak. Duit rupiah pun ada lagi ni. Kami dah asingkan duit sebab ingat kena bayar airport tax. Kat airport Pekanbaru ni, tak payah bayar airport tax pun. Apa lagi, kebetulan ada kedai kat tempat kami menunggu. Sempat lagi shopping t-shirt dan baju batik kat sini. 



Sempat lagi


Harga kat Batik Keris ni murah tau. Beli t-shirt Indonesia, sehelai Rp47, 000 = RM15 saja. Dah habis beli kat sini, kami duduk kat waiting area. Sekali ada announcement, flight delay ke 5.45 petang. Hmm bosannya. Dah lama menunggu kat sini. Sabor lah. Akhirnya..



Babai Pekanbaru


Apa pun, jalan-jalan kat Pekanbaru memang best. In Shaa Allah, ada rezeki nanti, kami nak datang lagi. Ajak sedara sebelah ayah mertua, datang ramai-ramai. Oh ya, ada ramai jugak orang Malaysia yang turun dekat Pekanbaru lepas tu upah supir ke Bukit Tinggi naik kereta. Tapi, mohon tabah la no. Dari Pekanbaru ke Bukit Tinggi, makan masa 6 jam. Bukan jalan lurus macam PLUS tau. Jalan bengkang-bengkok nak pergi Cameron tu. Hehe. 



Salam Sayang,
Ain