Pages

Monday, 28 December 2015

Part II : Bercuti di Pekanbaru


Day 3 : 14 Disember


Hari ni aktiviti shopping. Yeayy. Walaupun kaki injured + bengkak, hubby kata gigih jugak nak pi shopping. Haha. Terapi ni. Bangun awal pagi, kami turun breakfast dulu. Macam-macam menu ada. Saya paling suka nasi goreng, mihun goreng, cucur jagung, pisang goreng rangup dan omelette. Lepas makan, turun bawah temankan hubby, kakak ipar dan anak buah mandi kolam. Saya duduk tepi saja. 



Breakfast dulu


Mandi kolam


Lebih kurang pukul 11.00 pagi, Pak Ucop datang jemput. Tempat pertama yang kami serbu adalah Pasar Bawah. Konsepnya macam Pekan Rabu dekat Loq Staq tulah. Kena pandai tawar-menawar. Nasib baik ayah mertua saya orang Minang. Cakap Minang dengan penjual kat sini, dapatlah harga yang lebih murah. Hee. 


Kat sini ada jual kain pasang, telekung, handbag, kasut, jubah, kain batik, kain pelekat, tudung, semua ada. Kecuali kain sulam yang cantik-cantik tu, tak ada ok. Yang itu dekat Bukit Tinggi dengan Bandung banyaklah. 



Pasar Bawah


Telekung dan tudung


Handbag


Kasut


Cadar dan alas meja


Makanan tradisional, kerepek dan lain-lain ada dijual di Tingkat 1. Kami tak turun pun. Perut dah berkeroncong. Lapar. Habis shopping kat sini, kami pergi makan masakan Padang dekat Baresolok. Diorang akan letak lauk banyak-banyak atas meja. Tapi, yang kita makan saja yang akan dikira. Yang penting, dapat minum jus alpukat lagi. Hari-hari minum jus ni. Sedap sangat. 



Baresolok


Lauk bertingkek-tingkek


Overnya lighting =P


Makan dulu


Jus alpukat


Perut pun dah kenyang. Lepas tu, kami ke Masjid Agung An-Nur untuk solat. Masjid ni cantik sangat. Besar. Cuma tak ada kipas. Hee. Aircond dan escalator hanya dipasang masa solat Jumaat saja. 



Masjid An-Nur


Di hadapan masjid


Ruang solat


Kemudian, kami bergerak ke kedai Silungkang. Ingatkan ada kain pasang sulam kat sini. Tak ada jugak. Huu. Cuci mata ja kat sini. Harga pun mahal. Mintak diskaun, dapat sikit ja. Barang pun tak banyak choice. 


Silungkang


Jubah


Telekung


Selipar comel


Makanan tradisional dan kerepek



Sekejap ja kami kat sini. Tak ada nak dibeli. Mak mertua just belikan selipar comel untuk cucu-cucu perempuan. Ada jugak kerepek dan makanan tradisional Riau, tapi harganya mahal sikit. Lepas ni ke mana? Kami ke Pasar Ramayana. Walaupun kaki sakit berdenyut, gigih jugak. Haha. Pasar Ramayana ni sebahagian besar dah musnah sebab terbakar hari tu. Pak Ucop cerita, 11 hari baru api dapat dipadamkan sepenuhnya. Dahsyat betul. 


Tapi, diorang masih lagi berniaga. Beberapa kedai di bahagian depan masih ada. Mana-mana kedai yang habis terbakar tu, diorang pasang khemah dan jual barang yang tinggal. Kat sini memang murah harganya. Saya beli telekung kain cotton Jepun dekat Pasar Bawah, harga Rp300, 000 = RM93. Dekat Ramayana ni, boleh tawar-menawar sampai Rp250, 000 = RM78. Jauh beza tu. Dah terbeli, redha je lah. 


Pasar Ramayana


Habis shopping kat sini, kami singgah dekat bakery Kembang Sari. Kat sini murah, banyak choice. Bun, roti, kerepek dan paling penting brownies kukus memang sedap sangat. Tapi, brownies ni hanya tahan 3 hari saja. Kalau simpan dalam fridge, boleh tahan sampai seminggu. 



Kembang Sari


Brownies



Kat sini kami borong kerepek. Brownies original tu tinggal 3 biji saja. Cepat betul habis. Laku keras brownies ni. So, beli sebiji saja brownies untuk makan kat hotel. Lepas tu, order lagi 2 kotak besar nak bawak balik KL. Esok pagi Pak Ucop datang collect. Masing-masing dah semput. Hari ni banyak betul berjalan, naik turun tangga lagi. Untuk makan malam ni, kami singgah dekat restoran. Tapau martabak Mesir. Sedap martabak ni. Makan dengan kuah pedas manis. Kami makan kat bilik masing-masing saja. Udah capek. 



Martabak Mesir inti daging



Salam Sayang,
Ain