Alhamdulillah. Dapat jugak bercuti ke Pekanbaru. Pekanbaru adalah sebuah bandar kecil yang kaya dengan hasil minyak dan rotan. Kalau nak dibandingkan Pekanbaru dengan tempat lain macam Bandung, Jakarta, Medan ataupun Bukit Tinggi, memanglah kurang popular. Pekanbaru ni lebih kepada aktiviti melawat saudara-mara dan berjalan-jalan. Kami pergi melawat sepupu kepada nenek hubby yang menetap di Rumbai, Pekanbaru. Maklumlah, nenek moyang sebelah hubby ni berasal daripada Padang. Jadinya, ramailah saudara mereka kat sana.
Day 1 - 12 Disember
Pukul 7.30 pagi kami dah bergerak dari rumah ke KLIA 2. Ramai betul orang nak pergi bercuti hujung tahun ni. Beratur panjang jugaklah masa nak check in luggage. Flight pukul 10.30 pagi. Pukul 11.10 pagi dah sampai Pekanbaru. Sat saja. Macam balik Loq Staq - KL. Hehe.
|
Airport Pekanbaru |
Sampai saja dekat airport, Aunty Susie dan Uncle Pran dah tunggu kami. Naik kereta dan terus ke rumah nenek Bayah. Pekanbaru ni macam pekan kecil saja. Tapi, best jalan-jalan kat sini. Ini first time saya dan hubby ke Indonesia. Jarak dari airport ke rumah nenek Bayah lebih kurang 15 minit. Tapi, makan masa setengah jam jugak nak sampai ke rumah sebab jalannya sudah macet (jam).
|
Rumah nenek Bayah |
|
Besar rumahnya |
Dah sampai rumah nenek Bayah. Lunch pun dah terhidang atas meja. Of course lah masakan Minang. Ada rendang daging, ayam kampung goreng berempah, gulai nangka, masak lemak pucuk ubi dan tempe goreng. Perut dah kenyang, mata pun berat. Hehe. Kami berehat dan tertidur sekejap. Lepas minum petang - minum kopi dan makan brownies kukus, kami jalan-jalan tengok sekitar bandar Pekanbaru.
Sebelah malam pula, ada buat makan-makan. Semua anak cucu nenek Bayah datang berkumpul. Makan ramai-ramai. Macam-macam makanan ada. Ada nasi, pelbagai lauk-pauk Minang, kuih-muih dan bakso. Ada yang first time kami baru jumpa. Tapi, dah mesra. Seronok sangat dapat berkumpul macam ni. Dapat eratkan lagi hubungan keluarga dua negara.
|
Sebahagian anak cucu nenek Bayah |
|
Lontong |
Day 2 : 13 Disember
Hari ni baru check in hotel. Kami menginap di Hotel Angkasa Garden. Hotel baru. Upgrade daripada hotel yang lama. Kat depan hotel ni ada kedai Alfa Mart. Macam 7E. Hotel ni 3 bintang tapi best. Ada swimming pool besar, bilik selesa dan breakfast kat sini pun sedap.
|
Signboard ke hotel |
|
Bilik yang selesa |
|
Swimming pool |
Untuk hari ke-2 hingga hari ke-4 ni, Uncle Pran dah siap upah supir dan bayarkan untuk kami. Bayaran untuk supir adalah RM300 untuk tiga hari. Kereta pulak pakai yang anak nenek Bayah punya. Kijang Innova. Sangat selesa untuk kami tujuh orang. Lepas tinggalkan barang dekat hotel, kami pergi mandi-manda di Riau Fantasi. Kecik ja teman temanya. Ada dua bahagian di sini. Kat luar ada permainan dan kat dalam tempat mandi.
|
Pak Ucop, supir kami. Boleh contact dekat FB ya. No HP dah hilang. Hihi |
|
Google ja. Tak dan nak snap gambaq |
Bayaran tiket masuk adalah Rp67,000 seorang = RM21. Murah sangat. Yang ni untuk mandi-manda saja. Hari ni hari Ahad. Hari libur. Budak-budak ramai lah. Cuaca pun redup. Selesa nak mandi. Anak buah yang dua orang tu paling excited nak mandi. Auntie pun tumpang sekaki. Haha. Hubby ajak naik gelongsor yang tinggi tu. Saya takut jugak sebenarnya. Tapi, gatai nak try.
|
Kecelakaan di sini |
Gayat oi. Tinggi gila. Masa turun tu, laju betul sampai kaki saya tersadung besi kat tepi gelongsor tu. May be masa turun tu laju, air tolak pelampung kami ke tepi. Masa dah masuk dalam pool tu, rasa kaki ni berdenyut. Pedih. Ingatkan luka sikit. Sekali, terkopek isi sampai nampak kulit putih tu. Huhu patutlah pedih sangat. Bermulalah episod kaki capik. Haha. Saya dah terduduk kat tepi pool. Tak nak mandi dah. Sebabnya air kolam kan ada klorin. Lagi bertambah pedih. Just tengok hubby, kakak ipar dan anak buah mandi.
Lepas dah puas mandi, kami pergi lunch dekat D' Cost Seafood yang terlatak dalam shopping mall, Suzuya Department. Konsep makanan kat sini kena order dengan kad. Pilih lauk dan sayur yang kita nak. Kiranya masakan panas lah. Nasi putih dihidangkan dalam baldi kecik. Teh O dapat free jer. Rasa makanan kat sini memang sedap dan terbaik. Wajib cuba jus alpukat (avocado) yang enak banget. Total untuk 12 orang makan RP1,000,000,000 plus = RM300 lebih. Murah kan.
|
Cawangan D' Cost |
|
Pilihan menu |
|
Lauk semua sedap |
|
Jus alpukat yang marbeles |
Lepas lunch, kami balik ke hotel. Rehat sekejap. Lepas Isyak, supir kami, Pak Ucop datang jemput pergi dinner. Malam ni makan sate Padang. Sate Padang ni kuah masak lemak. Tapi ada jugak kuah kacang. Rasanya sedap jugak. Tapi, isi daging dan ayam tu sikit sangat. Sepinggan ada 6 cucuk. Masa nak bayar tu, mahal jugak. Rp275, 000 = RM86 untuk 8 orang makan. Sate Kajang lagi sedap dan murah. Hihi
|
Kuah masak lemak |
|
Kuah kacang |
Alhamdulillah. Perut dah kenyang. Balik ke hotel dan tidur. Penat jugak hari ni. Kaki injured. Minyak gamat pulak terlupa nak bawak. Huhu sabor je lah.
Salam Sayang,
Ain