Pages

Tuesday, 12 January 2016

Birthday Treat di Klana Beach Resort


Ini versi #throwback namanya. Hehe. Birthday dah lepas. 2 Januari hari tu. Hubby buat surprise ajak pergi PD. Kami stay dekat Klana Beach Resort. Best. Tak payah pergi jauh-jauh nak mandi laut. Turun ja tangga kat depan lobi hotel dah boleh mandi laut. Pantai pun bersih. Tak ramai orang sangat. Hotel ni di bawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Patotlah Islamic. Swimming pool diasingkan untuk lelaki dan wanita. Dalam bilik ada sejadah dan tafsir Al-Quran. Lepas tu sepanjang laluan ke bilik dan lif, diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dan selawat. Bagusnya. 



Sea view


Sebenarnya hari tu pergi kenduri kawen ofismate hubby dekat Seremban. Lepas makan kenduri kami terus gerak ke PD dan check in hotel. Dah check in, kami rehat-rehat kat bilik dan mandi. Kami keluar sekejap pergi family mart beli roti. On the way balik ke hotel, sempat beli waffle dengan mango shake. Sedap betul mango shake kat tepi jalan tu. Lepas tu kami jalan-jalan kat pantai dan mandi laut. Nikmatnya.



Baru lepas makan waffle + mango shake 


Sempatlah berendam dalam 25 minit kot. Lepas tu hujan pulak. Kelam-kabut berlari naik ke hotel. Malam tu kami order makanan melalui room service saja. Dah malas nak keluar cari makan. Harga makanan pun murah. Saya order nasi goreng kampung. Ada ayam goreng, telur mata, udang goreng berempah dengan acar jelatah. Sedapp. Hubby pulak order Chicken Chop. Isi ayam besar dan kuah blackpepper pon sedap sangat. Harga untuk dua-dua makanan ni RM31 saja. 



Nasi goreng Pantai Purnama


Chicken chop


Pukul 11.00 malam kami pergi ke Balai Cerap. Jalan kaki saja sebab terletak kat depan hotel. Nak tengok bintang. Untuk sampai ke puncak balai cerap ni, sila naik tangga sampai tingkat 6 okeh. Hehe. Saya dan hubby lumba lari naik tangga. Motif sangat. Rasa nak tercabut kaki. 



Pukul 10.30 - 12.00 malam


Tercungap-cungap bila dah sampai kat atas. Ada seorang pegawai tengah bagi penerangan. Sayangnya, malam tu langit gelap. Sebab petang tadi hujan. Huhu tak dapat teropong bintang. Tak ada rezeki. Tengok slideshow pun jadilah. Bintang ni nampak macam pecahan cahaya. Subhanallah. Cantik sangat. Lebih kurang macam percikan firework tu. Itu tengok kat slideshow. Kalau dapat tengok live lagi cantiklah. 



Langit gelap


2 juta harga teleskop ni


Esok pagi, lepas breakfast sempat turun pergi mandi laut lagi. Tengah hari dah check out.  Lepas check out, kami jalan-jalan kat tepi pantai dan makan lagi. 



Hangat lit-lit


Laksa + coconut shake


Alhamdulillah, percutian singkat yang best. Kalau anda nak bercuti ke PD, highly recommended to stay dekat hotel ni. Best sangat. Makan pun sodap. 



Salam Sayang, 
Ain