Pernah tak terfikir.. Kenapa Rasulullah saw berniaga? Kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga? Adakah sebab sunnah? Atau sebab nak kaya?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi, sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang sebuah kehidupan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Nabi Muhammad saw berniaga ketika baginda berusia 20-an. Pada ketika itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Di sini jelas bahawa dakwah baginda tidak dijalankan secara terang-terangan.
Realitinya, orang yang berniaga ni, tawakal mereka lebih tinggi. Sebab mereka tak tahu pun bila mereka akan dapat rezeki dalam bentuk wang. Mereka hanya terus berusaha dan bertawakal kepada Allah. Dalam berniaga, mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia. Mereka akan kenal orang biasa dan juga orang ternama. Dari segi dakwah, Nabi saw belajar bagaimana untuk melihat dan mempelajari ragam manusia sesudah dilantik menjadi Rasul.
Orang yang berniaga dapat menjalinkan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang. Baik yang Islam mahupun yang bukan Islam. Dan ukhuwah yang terjalin adalah atas asbab perniagaan. Sebab perkara pokok dalam berniaga ialah good contact. Dalam konteks dakwah Nabi saw, good contact digunakan dalam usaha dakwah melalui kejujuran dan keluhuran baginda. Jika produk buatan manusia pun dijual dengan jujur, maka produk dari langit pun akan disampaikan dengan jujur. Apakah produk itu? Iman dan Islam.
Nabi saw ditarbiyyah dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah melalui jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti menjadi kaya. Tapi kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Allah mengajar hambaNya.
Perniagaan adalah suatu tarbiyyyah yang terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa dan belajar memahami matlamat asal kehidupan. Belajar untuk meletakkan perasaan tawakal dan berserah kepada Allah serta belajar untuk bersyukur atas setiap ujian, kekurangan dan kelebihan. Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu lah berniaga. Kerana berniaga hanya semata-mata untuk menjadi kaya adalah kesilapan pertama. Berniagalah untuk mencari nafkah, berbakti dan memberi manfaat kepada manusia. Itulah konsep berniaga yang sebenar. Untuk memberi manfaat.
Salam Sayang,
Ain