Pages

Friday 22 January 2016

Tips Bercuti Musim Salji di Jepun



Muka dah merah-merah menahan sejuk

Musim salji di Jepun memang best. Dapat tengok dan bermain dengan salji yang putih bersih. Subhanallah, cantik sangat. Tapi, kalau korang jenis yang tak tahan sejuk, sila buat persiapan dengan lengkap. Sebab, suhu yang terlalu sejuk boleh buatkan anda jatuh sakit. Pergi travel nak happy-happy kan. Kena lah prepare betul-betul.

Pengalaman aku ketika bercuti ke Tokyo pada 7 hingga 13 Februari 2014 dulu, memang tak tahan sejuknya. Rasa sejuk beku sampai mencucuk-cucuk ke tulang. Masa tu mid winter, siap dengan ribut salji lagi. Suhu mencecah -12 darjah celcius. Waktu malam, memang suhu drop lagi. Sampaikan tilam dan bantal jadi basah sebab terlampau sejuk.

Jemput baca tips kat bawah ni :

1. Long John / Thermal Wear

Sangat-sangat penting. Long John membantu memanaskan badan. At least, tak adalah sejuk menggigil sangat. Beli dekat Uniqlo murah sikit. Bawaklah dalam 2 pasang.  Tapi, bawak sepasang pun ok. Sebab dalam cuaca sejuk, tak berpeluh pun. Mandi pun dua hari sekali. Hehe. Aku bawak sekali sweater sebab kat dalam rumah pun sangat sejuk rasanya. Walaupun duduk depan heater. 







2. Winter Coat 

Bawak 1 je. Kalau nak bawak lebih, beli kat sana lagi murah. Pilih yang tebal sebab sejuk. Kalau anda pergi ke Uniqlo atau Universal Traveller, diorang akan tanya kita nak pergi negara mana, musim apa. Beli yang tebal sikit. Yang jenis kain licin tau. Macam kat gambar bawah ni. Sebab kalau beli yang jenis kain tu, nanti basah kena salji. Nak keluar pergi jalan-jalan, pastikan pakai long john - tshirt - sweater - winter coat. Terpulang kalau tak nak pakai sweater. Tapi, aku ni jenis yang tak tahan sejuk. Seluar boleh pakai long john - jeans.




3. Stoking / Muffler / Ear Muffs

Stoking sangat penting untuk menahan kesejukan. Especially waktu malam. Bawaklah dalam 2, 3 pasang. Bawak stoking yang tebal dan panjang. Jangan bawak sepasang jer. Muffler boleh bawak sehelai dua. Lilitkan dekat leher untuk elakkan daripada terkena angin sejuk. Ear muff pulak penting bila nak keluar jalan-jalan ataupun nak main salji. Kalau tak cukup, boleh beli kat sana. Kat Daiso Japan. Semua barang 100 Yen = RM3.00 







4. Warm Heating Pad 

Kat Daiso ada jual. Sangat membantu. Boleh lekat kat badan. Lagi-lagi yang pakai kat kaki. Bila berjalan, kita akan rasa warm. Selesa sangat. 




5. Glove 

Kalau ada bajet lebih, better beli leather glove. Lebih menyerap haba. Aku beli yang jenis kain, tak tahan betul sejuk. Kebas habis tangan. Beli yang jenis touchscreen glove is much better. Nanti nak bergambar, update FB ke, senang. Tak payah bukak glove. 






6. Winter Boot 

Tak wajib pun. Pakai sport shoes pun boleh. Asalkan yang bertutup. Pastikan tapak kasut ada cengkaman yang baik. Sebab bila berjalan atas salji, jadi licin. Untuk ladies, kalau nak bergaya, bolehlah beli winter boot. 





7. Olive Oil / Bio Oil

Jangan bawak lip balm. Tak membantu. Bibir akan jadi kering mengelupas dengan teruk. Lebih elok bawa olive oil ataupun Bio Oil. Boleh sapu kat bibir dan bahagian badan yang lain. Kulit akan jadi sangat kering dan mengelupas teruk ketika musim sejuk. 





8. Botol Mineral / Wet Tissue

Toilet kat Jepun memang tak ada paip air. Sebelum masuk toilet, isi air dekat sinki dulu. Boleh juga prepare wet tissue. In case of emergency. Botol mineral juga penting untuk isi air masa berwudhuk.





9. Ubat / Vitamin 

Bawak yang basic macam Panadol, balm. Nak bawa vitamin lagi elok. Paling suggest, bawak vitamin C. Dalam cuaca sejuk, vitamin C bantu kekalkan kelembapan kulit dan kuatkan sistem imun. 




10. Minum Air Kosong Secukupnya

Bawaklah botol air lebih. Bila pergi jalan-jalan, boleh isi air kosong dekat water cooler. Sangat penting minum air kosong secukupnya. Memang kita akan kerap pergi toilet. Itu bagus, untuk lancarkan proses detoks. Kalau kurang minum air, boleh dehydrated dalam cuaca sejuk + kering. Dan, dehydrated masa musim sejuk tak ada simptom sakit kepala, letih macam musim panas tau. Boleh jadi tiba-tiba dan mengundang maut. 




Semoga bermanfaat. Happy holiday! =)


XOXO,
Ain