Pages

Wednesday, 10 February 2016

Pancake Mudah & Gebu


Mat Saleh panggil pancake. Orang Malaysia panggil lempeng. Kami orang Kedah panggil pek-nga. Hehe.. Masa kecik-kecik dulu, mak saya suka sangat buat lempeng ni. Letak nyioq (kelapa). Sedap sangat. Makan panas-panas dengan kuah kari, memang terangkat. Kat kampung senanglah nak ambil isi kelapa. Pokok nyioq keliling rumah. Tinggal di bandar, buat pancake versi simple sajalah. 



Bahan-bahan:







1 cawan tepung gandum (8 keping)
1 sudu teh baking powder 
1 cawan fresh milk
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar gula
1 biji telur


Cara-cara:


1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk.






2. Gaul dengan sebati. Jangan sampai berketul-ketul. Saya blender je, senang. 





3. Rehatkan dalam 10 minit.


4. Gunakan senduk berbentuk bulat. Sendukkan separuh adunan sahaja. 






5. Panaskan non stick pan. Bila nampak dah berbuih sikit, baru terbalikkan.





6. Bila diterbalikkan akan jadi warna perang sikit. Biarkan 1 minit baru angkat. 

7. Ulang sampai habis adunan.







Salam Sayang,
Ain