Pages

Tuesday 16 February 2016

Tahajjud Cinta






Sangat terkesan di hati bila membaca coretan dan rahsia kejayaan seorang jutawan baru-baru ni. Salah satu amalan yang diamalkan oleh beliau ialah istiqamah dengan Solat Sunat Tahajjud. Memang melimpah-ruah rezeki beliau, sehingga kan tak menang tangan nak uruskan beribu parcel setiap hari. Subhanallah, janji Allah itu pasti. 


Jangan salah faham ya. Bukanlah tujuan beliau istiqamah dengan Solat Sunat Tahajjud semata-mata untuk limpahan rezeki, tetapi lebih kepada mensyukuri nikmat Allah yang tak terhitung dan sebagai tanda cinta kepadaNya. Ustaz pun pernah cakap, kalau isitqamah dengan Tahajjud ni, bukan saja hidup lebih tenang tapi doa mudah termakbul. 


"Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah 
sembahyang Tahajjud padanya sebagai sembahanyang tambahan bagimu,
semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada 
hari akhirat di tempat yang terpuji."
(Surah Al-Isra' : 79)


Jabir RA pula berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 


"Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang
Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta
keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah 
kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada
tiap-tiap malam."
(Riwayat Muslim)


Panduan Solat Sunat Tahajjud 


Tahajjud bermaksud solat sunat apabila terjaga daripada tidur walaupun hanya tidur sebentar. Solat ini dilakukan daripada waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya ia dilakukan ketika satu pertiga malam (lebih kurang pukul 3.00 pagi). Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat hingga sebanyak rakaat yang mampu.



Lafaz niat & cara mengerjakan 






Doa selepas Tahajjud






Fadilat Tahajjud


1. Mendapat pengawasan Allah dan tergambar kesan ketaatan di wajah.
2. Wajahnya bersih, bersinar dan bercahaya ketika dibangkitkan di Padang Mahsyar.
3. Senang melalui titian Sirat umpama kilat yang menyambar.
4. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
5.Menerima catatan amalan dengan tangan kanan.
6. Dikasihi oleh ahli ibadat dan orang Mukmin.
7. Dimudahkan hisab ke atasnya.
8. Jauh daripada kebinasaan. 



Mudah kan? Jom sama-sama istiqamah. Mula-mula memang payah. Nanti bila dah terbiasa, In Shaa Allah kita akan rasa mudah, tenang dan tak senang duduk kalau tertinggal Tahajjud.



*sumber : JAKIM



Salam Sayang,
Ain