Bismillah..
Dah lama saya pendam untuk tulis entry nih. Saya tak ada niat nak memburukkan sesiapa. Niat saya hanya nak bagi sedikit nasihat dan peringatan.
Alamat terakhir company penipu ni:
Alamat terakhir company penipu ni:
DW Sdn Bhd
Unit 4, Level 10
Tower B, Northpoint Office
Midvalley
DW ni nama lama. Yang terbaru, dah tukar kepada Optimus. Kot-kot ada nama baru lagi, saya tak pasti sebab dah tak kerja sini.
*as at August 2016, company nih dah berpindah dekat office sebelah The Gardens. Nama terbaru ialah Front Ad. Harap maklum and please be alert.
*as at October 2017, company nih tukar nama lagi kepada First Service Sdn Bhd. Alamat dekat Level 7, The Gardens.
*as at August 2016, company nih dah berpindah dekat office sebelah The Gardens. Nama terbaru ialah Front Ad. Harap maklum and please be alert.
*as at October 2017, company nih tukar nama lagi kepada First Service Sdn Bhd. Alamat dekat Level 7, The Gardens.
Modus Operandi
1. Position offered : Admin Exec. Gaji yang ditawarkan pun not bad. Lepas 2nd interview, diorang offer Assistant Manager. Bestt gila bak hang masa dapat tau nih. Ibarat mintak betis dapat paha. Sorry to say, one stupid thing is, offer letter hanya akan diberi selepas dua minggu. Kekonon nak tengok dulu performance kita macam mana.
2. Dalam masa dua minggu tuh, hari-hari pergi kerja macam biasa. Training katenyer. Training buat apa? Hari-hari salin nota pasal gold investment. Bongok betoi. Dari segi office layout pulak, memang pelik sebab just ada meja dan kerusi yang disusun ikut group. Sebiji komputer pun tak ada kat atas meja. Untuk pengetahuan anda, DW Sdn Bhd ni adalah authorized service center untuk gold investment iaitu emas jenis Spot Gold. HQ ialah Goldex Group Limited yang beroperasi di Hong Kong. Boleh refer www.goldex.hk untuk maklumat lanjut.
3. Masa training tu, top management (Azri, Esther, Elaine & Lyana) akan push kita setiap hari untuk bukak account dengan Goldex nih. Diorang akan korek kita punya financial background, berapa banyak harta yang kita ada. Memang diorang psycho and brainwash kita habis-habisan. Lepas tu suruh kita tulis impian lah apa lah. Siap suruh senaraikan potential prospect (family member) untuk invest. Kenapa pulak? Sebab, capital untuk bukak account dengan Goldex tu tak murah hokeyy. Modal untuk standard account; USD50, 000 = RM209, 000. Ini untuk trade 4 lot. Let's say kita tak ada modal sebanyak tu, diorang akan push kita untuk bukak account jugak. At least dengan 1 lot which is RM50, 000. Yang ni kira special rate untuk staff, boleh bukak 1 lot dulu. Special lah sangat.... Lepas kita dah bukak account, diorang akan push lagi untuk cukupkan minimum 4 lot. Habis, mana nak cari? Diorang akan paksa family kita untuk buat join capital. What the hell???
4. Lepas dua minggu, dapat offer letter. Another stupid thing is, NO salary. Masa ni baru faham, patotlah dia tak bagi offer letter awal-awal dulu. Kalau bagi awal, confirm ramai yang reject. Kita kerja mestilah nak gaji kan? Ingat kita buat kerja amal? Habis, macam mana nak dapat income. Kata Asst Manager... Haaa, sebab tulah kena paksa bukak account. Bila kita trade, dapat komisen. Itulah income kita. Itu pun kalau hari-hari profit. Investment ni kan kita tak boleh nak control market. Bila kita dah cukup standard account yang modal USD50 ribu tu, automatic kita akan naik pangkat jadi manager. Lepas tuh, recruit lagi staff baru sebagai 'mangsa' seterusnya. Hari-hari diorang buat interview tau.
5. Untung ke invest untuk Spot Gold nih? Gila tak untung.. Sehari boleh cecah untung at least 10ribu. Tapi, kalau nasib baik lahh.. Sebabnya, dah ada staff yang terkena. Dah bukak standard account pun, last-last ke laut. Memang ada untung tapi tak sebanyak yang dijanjikan. Lebih banyak floating (rugi) sebenarnya. Diorang tak guide betul-betul pun. Yang penting diorang dapat komisen lagi berganda-ganda daripada kita. Dari mula kita bukak account sampai setiap kali kita trade, memang top management lah yang paling untungg.. Macam haremmm. Mulut manis, layan kita elok-elok, selalu buat makan-makan. Sebenarnya nak 'cover' aktiviti jahat company nih.
6. Sudahnya, saya terus blah daripada company nih lepas dua bulan lebih buang masa kat situ. Geram betoi. Kuajaqqq sangat. Masa tu saya betul-betul nak kerja. Tapi, kena tipu macam nih. Saya siap tolak tawaran sebuah company lain masa tuh sebab ingat DW ni offer lagi better. Dengan janji maneh melecaih suma kan. Sekali, indah khabar dari rupa..
Moral of the Story
Khusus untuk graduan yang tengah cari kerja, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis sesetengah syarikat. Gunakan medium yang betul dan dipercayai macam Jobstreet untuk memohon jawatan yang anda nak. Kat situ ada banyak pilihan jawatan yang ditawarkan. Yang paling penting, buat research dulu tentang company profile. Jangan terburu-buru ok. Semoga bermanfaat =)
Salam Sayang,
Ain