Pages

Wednesday 11 November 2015

Tips Menarik Rezeki di Awal Pagi







Alhamdulillah, bersemangat nak buat entry nih. Saya nak share tips menarik rezeki daripada seorang jutawan kosmetik. Tips ni memang mudah sangat. Jom kita amalkan. 


1. Lepas Solat Subuh, sedekahkan Al-Fatihah buat Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Juga, kepada pasangan, ibu bapa dan keluarga kita. 

2. Baca Surah Yasin lepas Subuh. Ataupun sekurang-kurangnya bacalah 1 muka surat Al-Quran. Baca Al-Fatihah 7 kali dan Surah Al-Ikhlas 13 kali.

3. Niatkan supaya Allah memberkati dan mencukupkan rezeki kita sepanjang hari.

4. Banyakkan zikir Ya Wahhab (Yang Memberi) dan Ya Ghani (Yang Kaya).

5. Banyakkan selawat, istighfar dan tahmid (Alhamdulillah).

6. Amalkan Solat Sunat Dhuha.

7. Sedekah seikhlas hati. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, perkataan dan nasihat yang baik juga dikira sebagai sedekah. 



Kalau tak boleh nak buat semua, jangan tinggalkan semua ya.
Semoga bermanfaat =)



Salam Sayang,
Ain