Pages

Friday 22 April 2016

Bersyukur.. Cara Mudah Menjemput Rezeki






Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat keras." (Surah Ibrahim 14:7)


Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Perkataan yang sangat mudah untuk diucap. Tapi, kita selalu ambil mudah. Kita hanya ucapkan Alhamdulillah ketika mendapat suatu kejayaan yang besar saja. Sedangkan untuk sekecil-kecil nikmat kita sangat jarang bersyukur. Malah lebih suka merungut, salahkan keadaan dan salahkan orang lain. Peringatan untuk diri saya jugak.


Allah tak perlu kita. Kita yang perlu Allah. Kalau masa kita senang pun tak mau ucap syukur, macam mana keadaaan bila kita susah nanti? Saya pernah baca suatu kisah pasal seorang lelaki yang buta. Beliau sangat rajin ke masjid. Tak pernah tinggal solat berjemaah. Suka bantu orang lain walaupun beliau tak dapat melihat. Ada seorang ustaz bertanya kepada beliau. "Kalau Allah izinkan kamu melihat, kamu nak tak?" Tau tak apa yang beliau jawab?


"Saya tak nak ustaz. Saya bersyukur walaupun Allah takdirkan saya buta. Sekurang-kurangnya saya tak nampak benda-benda maksiat." Allahu..


Apa saja yang Alah bagi, bersyukur dengan ikhlas dan sepenuh hati. Itulah rezeki terbaik untuk kita. Mungkin Allah belum bagi apa yang kita minta. Sebab Allah nak kita belajar bersyukur dengan rezeki yang sedikit dahulu sebelum Allah bagi rezeki yang banyak. Yakin bahawa Allah akan tambah lagi nikmat. Allah Maha Kaya.



Salam Sayang, 
Ain