Pages

Thursday 23 April 2020

Ramadhan Kareem 2020


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita untuk merasai nikmat dan keberkatan bulan puasa tahun ni. In shaa Allah esok kita akan mula berpuasa. Walaupun masih dalam tempoh PKP. Tak ada bazar Ramadhan, tak ada solat terawih di masjid. 



Memang terasa sayu dan hiba sangat sambut puasa tahun 2020. Terimalah dengan hati yang ikhlas dan redha. Pasti ada hikmah yang tersirat di sebalik musibah. Jom tingkatkan kualiti puasa dan kualiti ibadah kita di bulan Ramadhan. Semoga jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 





Persiapan menyambut Ramadhan :

1. Tidur dan bangun awal.

2. Perbanyakkan zikir di setiap waktu. 

3. Lebihkan masa membaca Al-Quran.

4. Tinggalkan perbuatan yang lalai.

5. Jaga kesihatan diri dan keluarga. 


Selamat berpuasa semua. Stay safe =) 


XOXO, 
Ain