Pages

Tuesday, 8 December 2020

Sambut Anniversary Di Ume Floral Cafe

Bulan November haritu aku buat surprise candle light dinner untuk hubby aku sempena anniversary kami. Actually dah lama berangan nak merasa makan malam romantic. Alhamdulillah tahun ni baru menjadi. Kebetulan masa tu kitorang ada kat Johor. So, aku pun search lah cafe yang best. Jumpa pasal Ume Floral Cafe dekat Instagram.




Terus aku wasap tanya pasal harga dan date yang aku nak. Ada tiga pakej yang korang boleh pilih ikut bajet masing-masing. Pada aku memang sangat berbaloi dan jauh lebih murah daripada KL. Aku pilih pakej Gangsa (RM80) dapat free dua jenis air, bouquet, belon, sepotong kek dan decor atas meja. Lepas tu aku tambah dua main course. Yelah takkan nak minum air jer kan. Hehe.




Ada jugak pakej lain yang dah termasuk dengan makanan sekali. Pilih la memana yang korang berkenan di hati. Macam Pakej Gangsa ni aku suka sangat sebab dapat meja yang hujung, lebih privacy dan tak perlu hadap meja lain. Barulah lebih romantik gitu. 


Cafe nih berkonsepkan bunga-bungaan. Cantik sangat. Rasa macam makan kat dalam taman bunga. Makanan pun semua sedap, berbaloi dengan harga. Staff pun friendly. Boleh jer mintak diorang ambilkan gambar kita. Overall memang puas hati sambut special event kat sini. Kenangan terindah. =)


XOXO, 
Ain

Monday, 7 September 2020

Makan Sedap di Banting


Last week aku ikut hubby outstation ke Banting. Kami stay dekat Suite Dreamz Hotel, lokasi terbaik kat tepi jalan. Bilik pun cantik, bersih. Cuma toilet jer bau kepam sikit dan bantal terlalu lembik. Kat bawah hotel ada kedai mamak, Sangkaya dan dobi. Tak jauh dari sini ada Family Mart, McD, Sushi King, Starbucks, Watsons, Econsave.


Suite Dreamz Hotel


Paling best belakang deretan kedai tu ada satu cafe yang sedap, Saha Coffee. Cafe ni memang sedap giler makanan dia. Aku bagi 10 bintang. Konsep dan portion hidangan sangat bagus level hotel. Harga berpatutan dan berbaloi dengan rasa makanan. Aku repeat dua kali makan kat sini. Puas hati betul. Kalau korang datang sini bawak family atau kawan-kawan dijamin takkan menyesal punya.



Total semua ni RM69


Repeat kali kedua. Yang ni fettucini with grilled chicken. Sedap giler.


Ada jugak kedai lain yang aku pergi try. Pendek kata best lah jenjalan cari makan area Banting ni. Area Kanchong Darat ada banyak kedai tomyam di kiri dan kanan jalan. Bila lalu jer memang penuh dengan orang. Pastu sebelum balik boleh borong kerepek. 



Nasi Arab Luqman, sedap



The Chaiwalla. Sini pun sedap.



Char kuetiau Dol, sedap


Borong kerepek



XOXO, 
Ain




Sunday, 17 May 2020

Puding Karamel Tanpa Telur Mudah Giler


Ada dua version of puding karamel. Satu letak telur dan lagi satu tanpa telur. Personally aku lebih prefer yang takda telur. Sebab tak suka bau hanyir bila makan. Jom cuba cara mudah buat puding karamel, tak perlu kukus pun. 






Bahan-bahan untuk gula karamel :

1/4 cawan gula
3 sudu besar air 


Cara-caranya :

1. Panaskan gula dan air di dalam periuk non-stick dengan api perlahan.

2. Tunggu sampai gula jadi perang. Kacau rata.

3. Jangan sampai hangus pulak yer. Nanti pahit. 

4. Cepat-cepat tuang ke dalam bekas dan ratakan.


Bahan-bahan untuk puding :

1 bungkus agar-agar serbuk (10 gram) 
4 cawan air
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara-caranya : 

1. Dalam periuk lain, didihkan air. Kemudian masukkan agar-agar dan gula. 
    Kacau sampai larut. Lepas tu masukkan susu pekat, tepung kastard dan esen vanilla.

2. Kacau selalu supaya tak berketul. Bila mendidih, masukkan susu cair. 

3. Kacau rata dan terus matikan api. 

4. Tapis ke dalam bekas yang ada gula karamel tadi.

5. Simpan di dalam peti ais selama 4-5 jam. 

6. Bila nak makan, terbalikkan bekas supaya gula karamel melimpah. 


XOXO, 
Ain


Tuesday, 5 May 2020

Puding Kastard Berkuah





Bahan untuk puding :

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3/4 cawan gula


Cara-caranya :

1. Larutkan gula dan air. Masukkan tepung kastard.

2. Masak sampai jadi pekat. Pastikan api perlahan dan kacau selalu.

3. Tuang ke dalam bekas atau acuan kecil. Basahkan sikit bekas dengan air
    supaya mudah dikeluarkan nanti. Simpan dalam peti sejuk.


Bahan untuk kuah :

1 tin susu cair
1 tin buah cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya :

1. Campur semua bahan ke dalam periuk kecuali buah cocktail.

2. Kacau rata supaya gula larut (tak perlu mendidih). Api perlahan.

3. Biarkan sejuk dan ketepikan kuah. Lepas tu letak dalam peti sejuk.

4. Untuk menghidang, keluarkan puding tadi. Letak dalam mangkuk.
   Tuangkan kuah dan tabur buah cocktail. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.


XOXO,
 Ain